Sunday, July 6, 2014

Cantas keganasan dari awal sebelum terlambat

Cantas keganasan dari awal sebelum terlambat http://ift.tt/Vs1bui SEKILAS PANDANG: Ya! Malaysia Boleh! Seorang warga Malaysia kini menjadi pengganas yang paling dikehendaki di dunia, dengan wang ganjaran sebanyak RM16 juta. Apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno membiarkan golongan bigot perkauman dan agama memuntahkan racun ketaksuban mereka, adakah kita hairan bahawa Malaysia semakin menjadi tumpuan keganasan antarabangsa? Ia telah memberanikan golongan pelampau di kalangan kita untuk terus mengancam rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dengan keganasan dan pertumpahan darah 13 Mei, untuk "memancung" dan apa sahaja yang mereka mahu lakukan. Rakyat Malaysia tertanya-tanya bilakah pihak berkuasa keselamatan akan mula mengambil tindakan terhadap golongan anti-nasional sebegini yang menghancurkan perpaduan negara. Menurut laporan The Star pada 4 Julai (terjemahan), pengganas warga Malaysia Zulkifli Abd Hir masih hidup. Dia masih hidup dan tetap menjadi salah seorang pengganas yang paling dikehendaki dan sukar dikesan di dunia. Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) telah meletakkan nilai RM16 juta terhadapnya dan agensi-agensi keselamatan telah meningkatkan operasi mereka dalam memburu pelarian berbahaya ini, terutamanya sewaktu berlakunya peristiwa-peristiwa di Syria dan Iraq. Mereka gusarkan tercetusnya keganasan berikut seruan Abu Bakar Baghdadi – yang kini dianggap sebagai pengganas yang paling berbahaya di dunia – kepada umat Islam radikal di seluruh dunia untuk meningkatkan dan berjuang untuk Negara Islam, asas baru bagi sistem Khalifah. Agensi-agensi keselamatan serantau berkata mereka kini mengkaji semula pergerakan Zulkifli "sewaktu kejadian yang sedang berlaku di Timur Tengah dan kesannya terhadap Asia Tenggara". Penolong pengarah Bahagian Pencegahan Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayob Khan mengesahkan bahawa Zulkifli, juga dikenali sebagai Marwan, masih hidup – walaupun ada laporan menyatakan bahawa beliau telah terbunuh dalam sebuah serangan udara pada 2 Februari 2012. "Kami sedar mengenai laporan bahawa dia telah terbunuh beberapa tahun yang lalu. Perkara ini tidak benar. Kami percaya dia bersembunyi di selatan Filipina," katanya. Tambahnya cawangan itu kini sedang menjejaki Marwan dan memantau mereka yang rapat dengannya. Ditanya jika Zulkifli mungkin terlibat dalam gerakan militan tempatan dan menghantar pejuang ke Syria dan Iraq, SAC Ayob berkata bahawa polis tidak menolak apa-apa kemungkinan. Difahamkan Zulkifli yang dilahirkan di Muar mempunyai seorang isteri di Malaysia, tetapi telah mengahwini tiga orang wanita Filipina apabila dia bersembunyi. Jurutera berusia 48 tahun yang mendapat latihan di AS itu, yang merupakan seorang pakar pembuatan bom, mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang kini aktif di Filipina. Sumber perisikan berkata bahawa pemimpin Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) itu dianggap sebagai pembekal bom untuk kumpulan radikal, dan melatih pejuang mereka. Ahli KMM telah dikaitkan dengan pembunuhan wakil rakyat Lunas, Dr Joe Fernandez pada tahun 2002, pengeboman sebuah gereja dan sebuah kuil Hindu, dan juga serangan ke atas balai polis Guar Chempedak pada 4 Februari 2001. Mereka yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk beberapa pemimpin akar umbi PAS seperti Zainon Ismail, Noorashid Sakid, Ahmad Tajuddin dan Nik Adli Nik Aziz, anak bekas Menteri Besar Kelantan. Adakah kerajaan Malaysia menganggap bahawa semua ini tidak menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang selamat dan kondusif? Keganasan harus dicantas dari awal sebelum ia tidak dapat dibendung dan malapetaka berlaku.



Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/Vs1bui

via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook