http://ift.tt/1vV5t8l Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengumpul bukti kukuh sebelum mereka itu ditahan. "Kami masih menyiasat dan kami tidak begitu 'selesa' dengan beberapa individu. Saya belum boleh menuduh sesiapa kerana kita perlu mendapatkan bukti kukuh bagi menahan personaliti-personaliti yang kita syaki ini. "Sebagaimana yang anda tahu pendirian saya, kita tidak akan berkompromi dengan perbuatan membocorkan maklumat dalaman kepada musuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Restoran Hyderabad yang menyediakan masakan India, di Kuantan, malam tadi. Zahid diminta mengulas mengenai pembabitan 'orang dalam' berhubung cubaan menculik seorang pemilik pusat ternakan ikan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna oleh tujuh lelaki awal pagi semalam. Media sebelum ini melaporkan mengenai kemungkinan kumpulan penjenayah yang terbabit dalam beberapa kes penculikan menerima maklumat daripada sumber dalaman berhubung kawalan keselamatan di perairan pantai timur Sabah bagi melancarkan kegiatan jenayah mereka di situ. Zahid mengesahkan kejadian terbaharu itu membabitkan penjenayah dari selatan Filipina. "Saya sebutkan negara itu kerana kita ada bukti kukuh yang bolehkan mengaitkan suspek datang dari selatan Filipina," katanya. Beliau berkata, kejadian semalam berjaya dibanteras hasil usaha berterusan oleh Polis Diraja Malaysia yang menyelaras operasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). Dalam kejadian terbaharu itu tujuh lelaki bertopeng bersenjatakan sepucuk pistol dan parang menceroboh pusat ternakan ikan tersebut bagi menculik pemiliknya namun berputih mata apabila pengusaha berkenaan bermalam di pekan Semporna setelah diarah oleh pihak berkuasa. – Bernama, 8 Julai, 2014.
Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1vV5t8l
via IFTTT
Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1vV5t8l
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment