"Yang ramai lupa dan tak nampak ketika ghairah meraikan kesalahan ialah bagaimana kelembutan mengatasi keganasan, sabar mengatasi sifat marah dan kebijaksanaan menang ke atas sifat bodoh, sombong dan lupa diri.
Inilah yang sepatutnya diraikan.
Terima kasih Uncle, kerana menunjukkan kepada kami, kemanusiaan itu wujud tanpa mengira kaum. Kemaafan itu hadir tanpa mengira bangsa. Dan terima kasih kerana mengajarkan kami tatkala hiruk pikuk masalah duniawi, kasih seorang ayah itu melangkaui batasan agama."
- Zul Fikri Zamir
"Agak sedih,disebabkan video wanita Peugeot CDM25 mengamuk menyerang warga emas,ramai pula yang mula ambil kesempatan main api perkauman. Semua tiba-tiba nak jadi wira mempertahankan kaum sendiri.
Ada yang tiba-tiba kutuk Melayu,ada yang tiba-tiba kutuk Cina. Come on lah. Aku gerenti paling koman mesti ada caci maki kaum kat dalam hati. Road rage banyak berlaku kat Malaysia,dan ianya tak mengenal kaum. Semua kaum ada samseng jalan raya.
Sesetengah orang Malaysia memang BANGANG abadi.
#cdm25 #prayforsteeringlock #KikiLala
Kthxbai"
#cdm25 #prayforsteeringlock #KikiLala
Kthxbai"
0 comments:
Post a Comment