A link shared at J.I.M Facebook Page on November 29, 2014 at 09:49AM via IFTTT:
http://www.malaysiakini.com/news/281732
Penduduk Baram telah beralih kepada Kesatuan Eropah untuk meminta pertolongan supaya apa yang berlaku kepada mereka yang terjejas oleh empangan Bakun, tidak pula berlaku kepada mereka, apabila empangan Baram siap dibina.
Pengerusi Jawatankuasa Melindungi Penduduk Baram (BPPC) Philip Jau (kiri) berkata beliau nampak keranda nenek moyang masyarakat Orang Ulu terapung menyusuri sungai dari kawasan perkuburan asalnya.
Jau berkata demikian kepada Duta Kesatuan Eropah semalam dalam satu forum yang dianjurkan oleh Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA).
"Saya berada di Bakun dua minggu lalu dan nampak beberapa keranda terapung menyusuri sungai dari kawasan perkuburan asalnya akibat air dari empangan Bakun," kata Jau.
"Ia amat menyedihkan melihat nenek moyang kita dihanyutkan oleh air empangan Bakun," katanya, sambil menegaskan bahawa penduduk Baram tidak mahu ini berlaku kepada keranda nenek moyang mereka apabila projek empangan Baram siap.
Sambil menoleh ke arah beberapa ketua jabatan di forum itu, Jau berkata: "Beritahu pihak berkuasa dan Sarawak Energy Berhad untuk berbuat sesuatu tentang keranda terapung itu.
"Pemandangan ini bukan sahaja menakutkan, tetapi juga tidak menghormati roh orang yang telah meninggal," katanya.
Ini adalah salah satu sebab mengapa penduduk membantah keras pembinaan empangan Baram.
Sebab-sebab lain, katanya, termasuk pemusnahan kampung mereka, gereja, sekolah dan tanah nenek moyang mereka dan juga gangguan terhadap kehidupan mereka.
Jau berkata mereka telah melihat bagaimana sengsaranya kehidupan mereka yang telah terjejas oleh empangan di Bakun, Murum dan Batang Ai.
English version: http://www.malaysiakini.com/news/281728
Baram’s residents have turned to the European Union to ask for help that what happened to those affected by Bakun dam does not happen to them, when the Baram dam is completed.
Baram People Protection committee (BPPC) Philip Jau said that he had seen coffins containing the remains of the forefathers of the Orang Ulu floating down river from their original graveyards due to the intervention in Bakun dam.
Read more at http://www.malaysiakini.com/news/281728

0 comments:
Post a Comment