View and read more at http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nasib-kanak-kanak-5-tahun-dinafikan-kerakyatan-diketahui-23-april
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nasib-kanak-kanak-5-tahun-dinafikan-kerakyatan-diketahui-23-april Nasib seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang dinafikan kewarganegaraannya oleh Putrajaya bakal diketahui pada 23 April 2015 ini, kata peguam Latheefa Koya. Menurut peguam kepada bapa kanak-kanak itu, Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-kuasa Khas Datuk Asmabi Mohamad tidak dapat menyampaikan penghakiman pagi ini kerana kurang sihat. Lim Jien Hsian, seorang ahli perniagaan berusia 38 tahun, memohon semakan kehakiman ke atas keputusan Putrajaya yang menafikan taraf kewarganegaraan anaknya Zu Yi walaupun dilahirkan di Malaysia dan mempunyai sijil kelahiran. Alasan diberikan Putrajaya dalam menolak permohonan kanak-kanak yang dilahirkan seorang wanita warganegara Thailand itu adalah faktor "keselamatan nasional dan imigresen". Ibu kanak-kanak tersebut adalah teman wanita Lim dan hilang tanpa kesan sewaktu Zu Yi berusia 6 bulan. Seorang lagi peguam mewakili Lim, N Surendran sebelum ini berhujah Seksyen 1(e) Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kewarganegaraan secara automatik kepada Zu Yi, kerana beliau lahir di Malaysia dan bukan warganegara mana-mana negara lain. Sementara alasan diberikan Putrajaya dalam menafikan kewarganegaraan kanak-kanak itu pula adalah kerana Seksyen 17 Akta Kewarganegaraan Thailand menetapkan mana-mana kanak-kanak yang dilahirkan warganegara Thailand secara automatik mendapat kewarganegaraan negara itu. Surendran menolak alasan itu kerana menurutnya penguatkuasaan undang-undang Thailand berada di luar bidang kuasa mahkamah Malaysia. – 14 April, 2015. #Citizenship #Malaysia
(Auto-Posted-Link via IFTTT from Justice In Malaysia fbpage on April 14, 2015 at 06:26PM.)

0 comments:
Post a Comment