View and read more HERE
Padah sekeping gambar Najib Pembaca berita RTM rancangan berita Mandarin hari ini membaca berita tanpa sebarang visual sokongan. Semua itu dikatakan berlaku selepas rancangan berita itu memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama hiasan grafik berkaitan 1MDB. Ketua berita Mandarin RTM Tan Lee Won mengesahkan larangan penggunaan sebarang visual untuk rancangannya, lapor Sin Chew Daily. Tan berkata arahan itu dibuat oleh pengurusan RTM semalam dan berkuat kuasa terhadap dua programnya pada 12 tengah hari dan 8 malam hari ini. Beliau enggan menyatakan alasan diberikan dan masih tidak pasti tempoh larangan itu berkuat kuasa. Sumber mendakwa hukuman itu susulan penggunaan gambar itu dalam berita malam semalam. https://www.malaysiakini.com/news/317728
(Auto-Posted-Link via IFTTT from Justice In Malaysia fbpage on October 29, 2015 at 09:32PM.)
Thursday, October 29, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment