![]() |
Kenyataan Datuk Masidi Manjun dalam keratan Surat khabar |
![]() |
https://www.facebook.com/SabahanVoice/photos/a.336611771939.154962.330360741939/10152665522886940/ |
![]() |
https://ms.wikipedia.org/wiki/Artikel_160_Perlembagaan_Malaysia |
![]() |
http://en.wikipedia.org/wiki/Constitution_of_Malaysia#Article_160_.E2.80.93_Constitutional_definition_of_Malay |
Perlembagaan Malaysia yang ada sekarang adalah berasal daripada Perlembagaan 1957 Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) yang tidak melibatkan Sabah dan Sarawak.
Sabah dan Sarawak asalnya bukanlah negeri, tetapi negara dan rakan setara dengan Semenanjung Malaysia yang membentuk PERSEKUTUAN MALAYSIA, bukan negara Malaysia.
Sabah dan Sarawak terdiri daripada pelbagai suku kaum termasuk suku kaum asli Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Sungai, Idahan, Suluk, Bajau dan sebagainya, demikian juga suku kaum Dayak di Sarawak. Suku kaum Cina juga merupakan suku kaum majoriti di Sabah pada asalnya selain, Suku kaum asli.
Penggunaan istilah "Rumpun Melayu" ini seolah-olah memadam atau menghapuskan kewujudan pelbagai suku kaum di Sabah, tidak terkecuali Sarawak sebagai satu gagasan BORNEO.
Sabahan sejati tidak akan membenarkan Sabah dijajah oleh Ketuanan Melayu, Semenanjung Malaysia., apatah lagi membenarkan Menteri Menteri Sabah sendiri di ombang ambingkan oleh agenda Malaya.
Saya ingin kembalikan mesej "FAHAMI SEJARAH !" kepada Menteri-Menteri di Sabah, agar jangan terpesong dan lalai dalam membela nasib rakyat sendiri.
Sekian dan terima kasih.
oleh,
Pengarang Blog "Justice In Malaysia"
0 comments:
Post a Comment