Showing posts with label Immigration Department of Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Immigration Department of Malaysia. Show all posts

Tuesday, November 10, 2015

Thursday, April 16, 2015

Passports reported missing are invalid, says Home Ministry – Bernama - The Malaysian Insider

Sunday, April 5, 2015

Dr M: 'Projek IC' Sabah Sah - Berita Semasa | mStar

View and read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/04/projek-ic-sabah-sah/

Dr. Mahathir said : "adalah wajar untuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing di Sabah jika mereka menetap di Malaysia selama bertahun-tahun dan hidup seperti orang tempatan." (Foreigner in Sabah suppose to be given Identity Card if they have lived in Malaysia for many years and lived in the way how local people live.)

"adalah menjadi dasar kerajaan mengiktiraf orang yang setia kepada negara ini", dan menurutnya "tidak adil untuk menafikan hak anak-anak mereka untuk bersekolah di Malaysia." (it is the government stand to declare people who are loyal to this country, and according to him, it is unfair to deny the rights of their children to study in Malaysia .)

(Auto-Posted-Link via IFTTT from Justice In Malaysia fbpage on April 05, 2015 at 04:07PM.)

Thursday, March 26, 2015

Too many Pakistanis in Sabah caught Chief Justice’s eye, reports daily - The Malaysian Insider

View and read more at http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/too-many-pakistanis-in-sabah-caught-chief-justices-eye-reports-daily

www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/too-many-pakistanis-in-sabah-caught-chief-justices-eye-reports-daily

(Auto-Posted-Link via IFTTT from Justice In Malaysia fbpage on March 26, 2015 at 09:09PM.)

Lelaki ditahan cuba bawa masuk 4 warga Bangladesh - The Malaysian Insider

View and read more at http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lelaki-ditahan-cuba-bawa-masuk-4-warga-bangladesh

Seorang lelaki tempatan dipercayai anggota  sindiket pemerdagangan manusia ditahan malam tadi ketika cuba membawa masuk empat lelaki warga Bangladesh, menurut polis.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata lelaki berusia 30-an itu itu ditahan dalam Ops Bersepadu Khas di Plaza Tol Sungai Dua menghala selatan malam tadi.

"Lelaki itu ditahan bersama-sama empat lelaki Bangladesh dalam sebuah kereta dan dipercayai dia baru mengambil mereka di sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk dihantar kepada majikan.

"Siasatan kami mendapati mereka (sindiket) mengubah waktu aktiviti membawa warga asing dari siang kepada waktu malam dan menggunakan kenderaan persendirian bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas operasi itu malam tadi.
Operasi Bersepadu Khas itu disertai 229 pegawai dan anggota daripada 12 agensi penguat kuasa antaranya Jabatan ImigresenPulau Pinang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi.

Abdul Rahman berkata turut ditahan dalam operasi dua jam bermula 8 malam itu ialah 16 pendatang tanpa izin berusia 20 hingga 30 tahun.

Kesemua mereka ditahan dalam pemeriksaan ke atas lima bas ekspres yang dalam perjalanan dari utara ke selatan.

"Sembilan daripada mereka rakyat Bangladesh, lima Myanmar dan masing-masing seorang dari Thailand dan Sri Lanka. Kesemua yang ditahan itu gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua 20 pendatang tanpa izin dan lelaki tempatan yang ditahan itu dibawa ke pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dibawa ke Depoh Tahanan Juru," katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Pulau Pinang Datuk Hassan Yaacob berkata dalam operasi itu pihaknya memeriksa 1,127 kenderaan dan mengeluarkan 205 saman atas pelbagai kesalahan.

"Dalam operasi itu kami turut mengenakan kompaun ke atas van dari negara asing yang tidak mempunyai permit perjalanan dan pemandunya diarah membayar denda serta-merta. Sebanyak empat kenderaan dikompaun," katanya.

Beliau berkata sejak 1 November tahun lepas hingga semalam, JPJ telah  mengeluarkan notis advokasi cermin gelap kepada 1,661 pemilik kenderaan tentang penguatkuasaan peraturan baharu penggunaan cermin gelap yang akan dilaksanakan mulai 1 Mei. – Bernama, 26 Mac, 2015.

(Auto-Posted-Link via IFTTT from Justice In Malaysia fbpage on March 26, 2015 at 01:05PM.)

Share

Join us on Facebook