DHAKA - BANGLADESH. Kerajaan Bangladesh mengharamkan perkahwinan antara rakyatnya dengan pelarian Rohingya kerana mereka didakwa cuba menggunakan perkahwinan untuk mendapatkan kewarganegaraan.
Menteri Undang-Undang dan Keadilan Anisul Haque berkata, pihaknya telah mengarahkan pendaftar perkahwinan untuk tidak merasmikan mana-mana perkahwinan antara warga Bangladesh dan Rohingya mahupun Rohingya sesama mereka.
"Satu pekeliling mengenai perkara itu telah diterbitkan dan kami ada terima aduan bahawa rakyat Rohingya yang berkahwin dengan rakyat Bangladesh cuba menggunakan sijil perkahwinan untuk mendapatkan pasport Bangladesh dan dokumen lain."
katanya. Haque juga memberi amaran jika pendaftar perkahwinan melanggar perintah tersebut, mereka akan menghadapi hukuman penjara sehingga dua tahun.
Dalam pada itu, Haque turut menepis dakwaan mengatakan bahawa kerajaan cuba mengawal kebebasan rakyatnya untuk berkahwin, sebaliknya menyifatkan perintah itu sebagai mematuhi sistem perkahwinan rasmi yang menolak rakyatnya berkahwin dengan pendatang tanpa izin, dipetik dari laporan Dhaka Tribune.
Read more in: http://ift.tt/1mUCCBz
Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1mUCCBz
via IFTTT

0 comments:
Post a Comment