Tuan dan Puan para wira papan kekunci bersenjata air liur basi yang sedang meluap geram, jangan menjadi bodoh berapi-api marahkan Israel Yahudi atau Zionis kerana semarah mana pun kamu apakah mereka peduli untuk mendengar apa lagi menjadi insaf bertaubat? Marahkan sahaja pada kelambu bakar dan hanguskan sebuah rumah kerana nyamuk juga tidak peduli untuk mendengar segala kutukan selagi bernama nyamuk tetap menghirup darah dan menyebar penyakit walau apa pun terjadi! Apa sahaja yang kalian dilemparkan makian, hinaan, celaan, sumpahan demonstrasi dan boikot bermusim sebagai protes yang memuncak kepada Israel, Yahudi dan Zionis tiada berbekas dan berkesan kerana selamanya dibawah sedar kalian juga sebahagian jentera daripada permainan konspirasi agenda yang terus menghuni hati dan rumahtangga sendiri! Marahkanlah diri sendiri bangkitlah daripada mimpi manis bakarlah segala kesedaran jiwa yang terus ignoran hipokrit dan bersyubahat walau telah lama tertera dari firman dan hadis tentang sejarah yang berulang sebagai pengajaran dan ilmu tetap rela menjadi hamba kepada propaganda berkilauan hiburan, sukan, media dan teknologi yang berantai dan memerangkap persepsi, perspektif dan naratif pergolakan dunia semasa berkitaran semula ke hujung masa! – 11 Julai, 2014. http://ift.tt/1mUCAtv
Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1mUCAtv
via IFTTT
Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1mUCAtv
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment