Monday, July 7, 2014

Musa Hitam desak Putrajaya siasat dakwaan campur tangan politik di UM - The Malaysian Insider

http://ift.tt/1rFUPEF Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, kerajaan tidak boleh bersikap defensif membidas mereka yang mengkritik, atau berdiam diri tanpa penjelasan. "Apabila ada tuduhan, pihak berkasa perlu meneliti atau kementerian perlu menyiasatnya. "Siasat sama ada ia benar atau tidak. Jika benar kata benar, jika tidak kena jelaskannya," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. Musa berkata, kerajaan perlu peka kepada semua kritikan dan tidak hanya membiarkan ia berlalu begitu saja. "Jangan menafikan sebarang kritikan, pemerhatian atau analisis yang dibuat oleh ahli masyarakat awam," katanya. Mengenai situasi di UM, Musa berkata beliau tidak mengetahui perkembangan semasa dan mengatakan sudah bersara daripada politik. "Ia amalan normal pada zaman saya, semasa dalam kerajaan apabila orang beritahu kamu tidak bagus pasti ada sesuatu yang salah. "Kamu tidak hentam orang kata itu, tapi siasatnya. Itu baru metadologi pentadbiran yang baik," katanya. Musa mengulas mengenai tuduhan oleh bekas naib canselor UM mengatakan Putrajaya campur tangan dalam kerja di UMcedel dan bekas pengarahnya, Profesor Datuk Dr Redzuan Othman. Bekas Naib Canselor UM, Profesor Tan Sri Dr Ghauth Jasmon hari ini mendedahkan sering diganggu Putrajaya kerana penemuan pusat kajian universiti tersebut. Kajian dibuat UMcedel di bawah pimpinan Redzuan sebagai pengasas dan pengarah mengenai politik dan pilihan raya di negara ini tidak disenangi oleh pihak berkuasa Malaysia kerana kebanyakan laporan kajian tidak memihak kepada mereka. Antaranya, kajian UMcedel menunjukkan populariti Datuk Seri Anwar Ibarahim sebagai ketua pembangkang melebihi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri menjelang PRU13. – 7 Julai, 2014. Read more at: http://ift.tt/1rFUPEF



Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1rFUPEF

via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook