Thursday, July 10, 2014

Penderitaan Gaza adalah isu Kemanusiaan



















Hussain Muhammad S mengatakan di facebook:

Palestin bukan isu umat Islam.

Palestin isu kemanusiaan. Ia bukan masalah ekslusif yang memerlukan peduli umat Islam sahaja.

Yang pertama sekali perlu faham ini adalah umat Islam itu sendiri. Ini bukan masalah kepala bapak anda, bukan alasan beraktiviti mengisi slot NGO hambar anda, bukan masalah nak tayang awek yang anda peduli palestin maka anda beragama dan mampu menjadi pemimpin dalam rumah, bukan masalah yang boleh diguna pakai ahli politik atau agamawan untuk tarik crowd dan bikin nama, bukan juga bahan bersedih-sedih dan meratap melayan jiwa lara anda.

Ini masalah umat manusia.

Anda yang bertanggungjawab membutakan masyarakat antarabangsa sebenarnya, dengan propaganda Islamis anda, membuatkan orang lain pun percaya yang ini benar-benar masalah Islam-Yahudi dan buta pada kezaliman yang berlaku di bumi Palestin.

Ini isu kemanusiaan. Musuh adalah Imperialis, bukan Yahudi, bukan bangsa Ashkenazi. Sentimen agama dan nasionalis Arab itu memang penting untuk orang tempatan di sana memberi semangat pada rakyat bangkit melawan penindasan (bukan sebagai sebab, kerana sebab yang sebenarnya adalah perlu melawan untuk pertahan diri, perlu melawan kerana diserang), begitu juga dalam menyeru negara sekitarnya (seagama atau sebangsa) menyertainya. Walaupun yang sebangsa dan seagama dengannya buat tak peduli ja pun.

Tapi perlu faham, ia bukan sekadar itu. Ia masalah kemanusiaan.

Orang non Muslim pun janganlah pura-pura bengap atau takut sangat nak sentuh isu ni. Aku faham, korang takut tersilap. Tersilap nanti orang Islam akan mengamuk terhegeh-hegeh nak tunjuk hero (satu-satunya tempat dia nak tunjuk hero kat tempat dia sendiri lah). Tapi kalau dah hari-hari budak-budak kecil mati kena bakar kena kelar, tembak, bom, isu agama celah mananya woi? Ini isu kemanusiaan.

Disusuli:

Lagi satu, aku memang tak makan Mcdonald's. Bukan sebab Israel ka apa. Makanan macam sampah, terkenal sebab tindas pekerja, aku jijik, aku boikot lah. Perlu ka nak ada sentimen jihad anti Israel atau semangat Islam bagai untuk benda common sense macam ni? Serius, sedap sangat ke McD? Kau orang ni dah tak da deria rasa? Nak kena nyala semangat jihad jugak?

Macam aku boikot KFC. Hanya kerana peristiwa orang bergaduh pasal ayam kat salah satu cawangan dia. Gila zombie. Aku jijik, aku boikot lah.

Esok kalau aku dah betul tak boleh tahan dengan kedai mamak atau kedai upin-ipin kat Shah Alam tu, aku boikot lah.

Zul Fikri Zamir mengatakan di facebook:

Musim

Ramai orang cerita pasal Palestin sekarang ni. Pasal Gaza kena serang. Pasal jahatnya Israel. Pasal syaitan betul sapa yang tak boikot Mekdi ni. Pasal zalim orang yang tulis status bola panjang-panjang tapi tak share gambar kaki anak Gaza yang putus.

Tapi ramai orang lupa jahatnya kita kepada anak yatim kita sendiri. Syaitannya kita kepada orang miskin di tempat kita. Zalimnya kita kepada gelandangan di bandar kita sendiri.

Masa Gaza kena serang ni-lah, kita pun rasa macam kena serang. Hati berdebar, bibir mengigil. Tangan seram sejuk kalau tak share 'update'. Kalau boleh sebelum Israel lancar roket - kita nak taip status dulu siap-siap post masuk Fesbuk. Siap pakai mafla Palestin masa taip status, rasa macam ahli Briged al Qassam.

Tapi kita lupa, di tempat kita sendiri, ada orang orang asli ditindas, ada kaum minoriti yang dirogol kerana balak, ada anak-anak tak ke sekolah kerana tak punya wang, ada pemuda-pemudi yang tak tahu membaca, ada anak kena paksa mengemis atas nama agama, ada OKU keliling kota minta derma kerana sindiket.

Janji-janji manis kita ini hanya bertaburan di dalam Facebook. Di luar sana, masih ramai yang dizalimi akibat ketidakpedulian kita. Tak jauh, bak kata Jabba the hut, lihat dalam radius 2km sekitar kita menaip status saban hari.

Di luar sana, panas matahari, kelaparan, tangan-tangan penguasa yang mencekik dan bayang-bayang perut boroi kapitalis tidak mengenal musim. Dan kita memilih untuk bersuara - hanya ikut - musim.

Baca lebih lanjut tentang latar belakang peperangan antara Israel dan Palestine:

http://en.wikipedia.org/wiki/Arab%E2%80%93Israeli_conflict
http://en.wikipedia.org/wiki/Palestinian_rocket_attacks_on_Israel
http://en.wikipedia.org/wiki/Israeli%E2%80%93Palestinian_conflict


0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook