Friday, August 15, 2014

Gereja menuntut aktiviti “penukaran” agama dihentikan

A link shared at J.I.M Facebook Page on August 15, 2014 at 04:23PM via IFTTT:



http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/08/15/gereja-menuntut-aktiviti-penukaran-agama-dihentikan/



PITAS: Pihak berkuasa agama Sabah telah diminta untuk “membatalkan tanpa melengahkan lagi” penukaran agama Orang Asal kepada Islam yang berlaku di negeri ini yang dilakukan dengan tipu helah kata ketua-ketua agama Kristian. “Tiada tindakan diambil ke atas perkara itu,” kata Presiden Gereja Protestan Sabah, Reverend Jensey Mojuin, semasa berucap di majlis mamangkis Orang Asal di Pitas semalam. Pitas, salah satu daripada “telinga anjing” pada peta Sabah, dilaporkan sebagai daerah yang paling miskin di negeri itu. “Tiga bulan telah berlalu sejak penukaran agama yang ‘memalukan’ ke atas kira-kira 64 orang, termasuk kanak-kanak, dari tiga buah kampung – iaitu Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop. “Walaupun laporan polis telah dibuat, tiada tindakan konkrit telah diambil,” kata Mojuin. Beliau berkata ketiadaan tindakan hanya bermakna bahawa “kumpulan pelampau” yang melakukan penukaran agama itu “menikmati sokongan dan perlindungan sesetengah ‘orang yang kuat’. Dia berkata kumpulan itu dilaporkan adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan Islam yang berpangkalan di Selangor yang terkenal dengan pandangan pelampau agamanya. Mojuin berkata penukaran besar-besaran di Pitas, majoriti daripada mereka pengikut gereja beliau, adalah tidak adil dan satu penipuan yang mengancam keamanan dan keharmonian agama yang dinikmati sejak sekian lama di Sabah. Tiga puluh tiga penduduk kampung yang “ditukar” agama mendakwa bahawa pada Hari Tahun Baru, mereka telah tertipu untuk menukar agama oleh kumpulan itu. Mereka diminta untuk hadir di masjid bandar Pitas untuk kononnya menerima bantuan kewangan. Bukti bahawa mereka telah bersetuju untuk menjadi orang Islam Mereka mendakwa bahawa mereka telah dijanjikan RM 800 seorang tetapi dalam sampul surat yang diberikan selepas menandatangani beberapa dokumen terdapat hanya RM100. Mereka berkata bahawa mereka buta huruf dan tidak ada orang yang menjelaskan kepada mereka apa maksud borang tersebut. Mojuin menambah bahawa borang ini kini digunakan sebagai bukti bahawa mereka telah bersetuju untuk menjadi orang Islam. ” Mamangkis, adalah seruan perang Orang Asal yang kini telah diterima sebagai satu seruan Kristian untuk kebangkitan agama dan kebebasan beragama. www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/08/15/gereja-menuntut-aktiviti-penukaran-agama-dihentikan/


0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook