Thursday, August 14, 2014

Penduduk Iban dapat kembali tanah NCR

A link shared at J.I.M Facebook Page on August 14, 2014 at 07:55AM via IFTTT:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/08/13/penduduk-iban-dapat-kembali-tanah-ncr/

KUCHING: Mahkamah Tinggi mengisytiharkan pemilik tanah Iban di Kampung Spaoh, Kpg. Menat Ulu dan Kpg. Menat di Gedong, Simunjan mempunyai hak ke atas tanah adat Orang Asal (NCR) dimana tanah tersebut telah diberi oleh kerajaan kepada beberapa syarikat melalui pajakan sementara dan pengeluaran lesen hutan.

Dalam menyampaikan keputusan terbabit kelmarin, Hakim Lee Heng Chiong memberikan perintah pengisytiharan bahawa pemilik tanah ini, yang merupakan plaintif dalam saman itu memperolehi tanah NCR yang mereka tuntut.

Mahkamah Tinggu turut mengarahkan kos RM50,000 dibayar oleh defendan kepada plaintif.

Pemilik-pemilik tanah memfailkan kenyataan tuntutan sejak tahun 2007.

Defendan ialah Penguasa Tanah dan Ukur Bahagian Samarahan, Pengarah Perhutanan Sarawak dan kerajaan negeri.

Syarikat-syarikat terbabit memohon diri untuk menolak saman itu dan permohonan mereka dibenarkan.

Menurut tuntutan kenyataan, pemilik tanah berkata tanah NCR telah diwujudkan oleh nenek moyang mereka sejak dahulu lagi bahkan sebelum Rajah Putih datang ke Sarawak.

Nenek moyang mereka telah menetap di tanah-tanah NCR dan cara tradisional mereka ialah mengumpul hasil hutan untuk menghasilkan barang dan makanan seperti rotan, papan, herba, pucuk, cendawan dan tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan.

Orang Iban bergantung kepada sungai untuk sumber protein dan juga sebagai sumber pendapatan tunai harian

Mereka turut mendakwa bahawa hak menduduki tanah NCR tersebut telah diiktiraf oleh defendan kerana mereka dan/atau ibu bapa mereka telah diberikan subsidi getah di bawah Jabatan Pertanian untuk menanam pokok-pokok getah dari tahun 1966 hingga 1970.

Sebahagian besar tanah NCR tersebut adalah untuk tanaman getah.

Orang Asal bergantung kepada sungai sebagai sumber pendapatan tunai harian

Pemilik-pemilik tanah bergantung kepada kawasan hutan bagi mendapatkan sumber utama seperti ‘Pulau Galau’ (pulau-pulau kecil hutan dipelihara) sebagai sumber bahan perumahan, herba, sayur-sayuran semula jadi yang menjana pendapatan tunai harian.

Mereka juga bergantung kepada sungai untuk sumber utama ikan sebagai makanan protein dan juga sebagai sumber pendapatan.

Peguam See Chee How dan Desmond Kho mewakili pemilik tanah manakala kerajaan negeri diwakili oleh Penasihat Peguam Kerajaan Nur Azhar Bujang dan Rima Ellani Farizuani Kalana.
 
 


1 comment:

  1. Pengakuan tulus dari pak wawang dari bali
    kemarin saya hampir pinsang
    atas angka yang diberikan AKI DARMO
    kemarin saya menang 200.juta
    atas kemenangan TOGEL putaran
    TOTO 4D Singapura ini semua bantuan
    AKI DARMO baru kali ini
    saya merasakan yang namanya
    kemenangan hutang2
    saya semua pada lunas dan
    saya ada rencana membuka
    usaha
    sekali lagi terima kasih
    banyak AKI DARMO bagi saudarah2
    ingin merubah nasib seperti saya
    terutama yang punya hutang
    sudah lama belum terlunasi
    ini solusi yang sangat tepat
    jangn buan kesempatan karna
    kesempatan tidak akan datang kedua kali
    lansung hubungi AKI DARMO
    di nomor hp: (-082-310-142-255)
    ini kisah nyata dari saya
    tampah rekayasa atau silahkan
    anda buktikan sendiri..

    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RITUAL
    AKI DARMO DI JAMIN 100% TEMBUS

    angka:GHOIB: singapura
    angka:GHOIB: hongkong
    angka:GHOIB; malaysia
    angka:GHOIB; toto magnum
    angka:GHOIB; laos?
    angka:GHOIB; macau
    angka:GHOIB; sidney
    angka:GHOIB: vietnam
    angka:GHOIB: korea
    angka:GHOIB: brunei
    angka:GHOIB: china
    angka:GHOIB: thailand
    DAN LAIN-LAINNYA ATAU KETIK http//suhuacay.blogspot.com




    ReplyDelete

Share

Join us on Facebook