Friday, November 28, 2014

Mahkamah sahkan hak Orang Asli atas tanah adat

A link shared at J.I.M Facebook Page on November 28, 2014 at 02:29PM via IFTTT:

https://www.facebook.com/notes/center-for-orang-asli-concerns-coac/mahkamah-sahkan-hak-orang-asli-atas-tanah-adat/835640309813230

Oleh V ANBALAGAN

The Malaysian Insider | 28 November 2014

Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan yang Orang Asli di Semenanjung mempunyai hak mengikut undang-undang ke atas tanah pusaka mereka

Panel tiga hakim sebulat suara bersetuju mengenepikan keputusan mahkamah tinggi yang menolak hak 82 Orang Asli Kampung Mengkapur di Pahang ke atas tanah nenek moyang mereka, seluas 7,000 ekar antara Maran dan Kuantan.

Hakim Datuk Dr Prasad Abraham yang membacakan penghakiman berkata, panel hakim berpendapat dua keputusan mahkamah rayuan terdahulu betul dalam menyatakan prinsip undang-undang mengenai hak Orang Asli.

Beliau bagaimanapun berkata, kes Yebet Saman dan 81 yang lain dari suku kaum Semaq Beri ini akan didengar semula seorang hakim baru kerana bukti berkaitan status tanah itu tidak jelas.

Katanya, mereka perlu membuktikan yang mereka memang benar Orang Asli; mereka berterusan tinggal di tanah itu; dan mereka mengekalkan hubungan tradisi dengan hartanah itu bagi mendapatkan hak adat itu. – 28 November, 2014.






0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook