Friday, July 10, 2015

Individu Terbabit Di Dalam Urusniaga MARA Perlu Tampil Memberi Penjelasan

View and read more HERE
INDIVIDU TERBABIT DI DALAM URUSNIAGA MARA PERLU TAMPIL MEMBERI PENJELASAN - Siapa individu-individu di belakang urusniaga MARA yang merugikan rakyat sebanyak RM129 juta? Saya telah dedahkan identiti mereka, dokumen penuh dan bukti boleh didapati di http://rafiziramli.com/2015/07/individu-terbabit-di-dalam-urusniaga-mara-perlu-tampil-memberi-penjelasan/ INDIVIDU TERBABIT DI DALAM URUSNIAGA MARA PERLU TAMPIL MEMBERI PENJELASAN Pembelian empat hartanah oleh MARA Inc di Melbourne, Australia telah menimbulkan kontroversi apabila harga yang dibayar adalah lebih mahal dari harga pasaran yang dilaporkan. Kesemua urusniaga itu juga menunjukkan bagaimana syarikat yang membeli hartanah-hartanah ini dari pasaran hanya memegangnya buat beberapa bulan sebelum MARA Inc membelinya pada harga yang memberi keuntungan lumayan. Individu yang terbabit di dalam 3 pembelian yang belum lagi didedahkan dan kaedah pembelian adalah seperti berikut: 746 SWANSTON STREET Pembelian hartanah ini diluluskan oleh Majlis MARA pada 9 Ogos 2012 dan urusniaga disempurnakan pada 28 Ogos 2012. Pembelian ini dibuat oleh sebuah syarikat milik penuh MARA Inc bernama Thrushcross Land Holdings Limited yang didaftarkan di pusat kewangan pesisir luar pantai British Virgin Island (BVI). Carian syarikat ini menunjukkan maklumat berikut (rujuk kepada carian syarikat yang disertakan bersama): • Hanya didaftarkan pada 18 Januari 2013 iaitu selepas MARA membeli hartanah 746 Swanston Street. Ini bermakna urusniaga yang disempurnakan pada 28 Ogos 2012 itu tidak menggunakan syarikat milik MARA • NOW mengesyaki bahawa semasa hartanah ini dibeli seperti yang dilaporkan kepada pengurusan MARA, semua dokumen ditandatangani oleh individu-individu yang tiada kaitan dengan MARA bagi pihak MARA • Pengarah-pengarah Thrushcross Land Holdings Limited adalah Datuk Mohamad Lan Allani (Pengerusi MARA Inc), Datuk Abdul Halim Abdul Rahim (CEO MARA Inc), Erwan Azizi (tiada kena mengena dengan MARA) dan Izmir Abdul Hamid (tiada kena mengena dengan MARA) • Mengikut maklumat dari rakan penyiasat di Australia, pembelian hartanah ini dari pemilik sebelumnya ditandatangani oleh Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid iaitu individu yang tidak ada kena mengena dengan MARA • Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid adalah rakan kongsi yang mempunyai banyak kepentingan perniagaan dengan pimpinan Pemuda Umno • Erwan Azizi adalah Pengarah Eksekutif Optimus Capital Sdn Bhd (sila rujuk laporan The Edge mengenai pemilikan saham beliau). Selain beliau, pengarah dan pemegang saham Optimus Capital Sdn Bhd yang lain adalah seorang yang bernama Mazrul Haizad Maarof (rujuk carian SSM yang disertakan bersama). Individu ini (Mazrul Haizad Maarof) adalah abang ipar kepada Dazma Shah Daud, EXCO Pemuda Umno • Erwan Azizi juga adalah pengarah bukan eksekutif Biosis Group Berhad yang dipengerusikan oleh Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia Seperti yang telah dilaporkan minggu lepas, hartanah ini dijual pada harga AUD$23.5 juta seperti rekod di Australia tetapi jumlah yang diluluskan oleh MARA adalah AUD$41.8 juta (bersamaan RM138.6 juta). Ada ketirisan sebanyak RM63 juta yang perlu dijawab oleh individu-individu yang saya namakan pada hari ini iaitu Erwan Azizi, Izmir Abdul Hamid dan Mazrul Haizad Maarof yang merupakan individu yang rapat dengan pemegang jawatan Pemuda Umno iaitu Dazma Shah Daud dan Khairul Azwan Haron. 333 EXHIBITION STREET Hartanah ini dibeli oleh seorang ahli perniagaan iaitu Dato’ Ding Pei Chai, Pengarah Eksekutif sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur iaitu DKLS Industries Berhad. Beliau menubuhkan dan memiliki syarikat Carlton Garden Pte Ltd yang berdaftar di Singapura; yang kemudiannya memiliki saham di dalam Peters Equity Pty Ltd yang ditubuhkan di Australia bagi tujuan membeli hartanah ini. Carlton Garden ditubuhkan pada 23 November 2012 dan Peters Equity ditubuhkan pada 18 Disember 2012. Syarikat-syarikat ini ditubuhkan sekitar pembelian hartanah 333 Exhibition Street yang dilaporkan dalam Oktober 2012 dan disempurnakan dalam Februari 2013 pada harga AUS$22 juta, seperti laporan Quintessential Equity sebelum ini. MARA Inc kemudiannya membeli Carlton Garden Pte Ltd di Singapura pada harga AUS$31 juta yang secara langsung membolehkan MARA Inc memiliki Peters Equity Pty Ltd yang memiliki hartanah 333 Exhibition Street. Harga yang dibayar oleh MARA Inc untuk memperolehi hartanah ini adalah RM33 juta lebih mahal dari harga yang dibayar oleh Dato’ Ding Pei Chai beberapa bulan sebelum itu. 51 QUEEN STREET Hartanah ini juga dibeli oleh Dato’ Ding Pei Chai dan kaedah jual beli dengan MARA Inc adalah sama seperti yang berlaku dengan hartanah 333 Exhibition Street melalui dua syarikat iaitu Marinn Property Pte Ltd yang ditubuhkan di Singapura yang kemudiannya memiliki sepenuhnya saham di dalam Queville Pty Ltd yang ditubuhkan di Australia. Marinn Property Pte Ltd ditubuhkan pada 14 November 2012 dan Queville Pty Ltd ditubuhkan pada 17 Disember 2012 iaitu sekitar pembelian hartanah 51 Queen Street seperti yang dilaporkan sebelum ini. MARA Inc kemudiannya membeli saham Marinn Property Pte Ltd dalam bulan Mac 2013 yang membolehkan MARA memiliki Queville Pty Ltd yang memiliki hartanah 51 Queen Street pada harga yang dianggarkan RM18 juta lebih mahal dari harga yang dibayar oleh Dato’ Ding Pei Chai beberapa bulan sebelum itu. Saya telah duduk sendiri mendengar penjelasan yang diberikan oleh Dato’ Ding Pei Chai yang menyatakan beliau menjual pada harga yang dipersetujui oleh MARA. Beliau juga mengakui bahawa harga yang dibeli oleh MARA itu memberi keuntungan kepada beliau dan beranggapan urusniaga itu baik bagi beliau. Siasatan dan tindakan yang diambil ke atas individu-individu yang terbabit di dalam skandal MARA ini mestilah juga membabitkan mereka yang berada di belakang tabir yang bertindak sebagai pengatur atau broker kepada urusniaga yang merugikan MARA ini. Saudara Khairy Jamaluddin perlu tampil ke hadapan memberi penjelasan bagaimana individu-individu yang berkaitan dengan pimpinan Pemuda Umno telah terlibat dan berkait dengan skandal ini. Maklumat yang diberikan kepada saya menyatakan bahawa mereka ini terlibat sebagai pengatur kepada urusniaga-urusniaga ini dan berkemungkinan mendapat keuntungan dari urusniaga ini – maka wajarlah Saudara Khairy Jamaluddin memberi penjelasan yang sebaiknya. RAFIZI RAMLI AKMAL NASIR Pengarah Eksekutif NOW 6 Julai 2015
(Auto-Posted-Link via IFTTT from Justice In Malaysia fbpage on July 10, 2015 at 09:12PM.)

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook