Saturday, June 14, 2014

Kod Etika Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Kod etika baru polis dilancar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_04.htm

8 June 2000

KUALA LUMPUR 7 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan kod etika baru bagi menjadikan pasukan itu maju dan seiring dengan era teknologi maklumat masa kini.

Kod etika lima perkara itu dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dalam satu majlis di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, di sini.

Lima perkara yang terkandung dalam kod etika baru itu ialah Setia, Berdisiplin, Berwibawa, Prihatin Dan Mesra, dan Cemerlang.

* Setia bermaksud: Anggota polis mesti memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara, kerajaan dan pucuk pimpinan pasukan.

* Berdisiplin: Setiap anggota polis mesti mengutamakan disiplin diri dan tugas pada setiap masa dengan tekun, tabah dan beramanah.

* Berwibawa: Anggota polis mesti melaksanakan segala kewajipan dan kuasa-kuasa dengan jujur, tegas, berani, adil dan saksama.

* Prihatin dan Mesra: Anggota polis mesti sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra, cepat, betul, serta terkini dan mengutamakan hak dan kepentingan masyarakat.

* Cemerlang: Anggota polis mesti sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran, mengamalkan cara hidup sederhana, suci dan bahagia untuk mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang serta bersikap positif dan proaktif bagi mewujudkan sebuah organisasi yang unggul dan peka terhadap perubahan semasa.

Norian dalam sidang akhbar berkata, kod etika baru itu merupakan pengubahsuaian kepada kod etika yang sedia ada dengan mengambil kira perkembangan semasa.

Beliau berkata, kod etika baru itu lebih menekankan khidmat mesra kepada masyarakat dan penekanan terhadap teknologi maklumat di kalangan anggota polis.

''Sebelum ini, kita tidak menekankan sangat kepada soal teknologi maklumat dan kali ini kita akan memberi perhatian yang serius terhadapnya di samping khidmat yang mesra,'' jelasnya.

Menurut Norian, PDRM cuba menggabungkan nilai-nilai etika yang sedia ada dengan kehendak ciri-ciri pengurusan moden dan peredaran semasa dengan harapan dapat melahirkan warga PDRM yang mantap, berwibawa serta serasi dengan perkembangan zaman.

Di majlis itu juga, Norian menyampaikan Kod Etika Baru PDRM kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Jamil Johari, semua Pengarah Jabatan PDRM, Ketua-Ketua Polis Negeri, Komander-Komander Briged dan Komandan pusat-pusat latihan polis seluruh negara.














http://twitter.com/chandrakumanan/status/260224041963626497/photo/1

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook