Monday, July 7, 2014

Bila, mengapa dan bagaimana Kristian menggunakan kata ‘Allah’

http://ift.tt/1jY4ZZJ Tujuan dokumen ini adalah untuk menjelaskan secara ringkas kepada orang-orang Kristian yang tidak faham bila, kenapa dan bagaimana Gereja-gereja di Malaysia menggunakan kata ‘Allah’. Ia juga untuk orang Kristian yang keliru tentang bagaimana harus bertindak apabila berhadapan dengan orang bukan Islam yang jahil tentang penggunaan kata ‘Allah’ dalam agama Kristian. Terdapat banyak (tidak tepat) kenyataan bukan Kristian yang mendakwa bahawa kita tidak boleh menggunakan kata ‘Allah’ kerana ia adalah istilah eksklusif untuk agama Islam yang merujuk kepada Tuhan Islam dan hanya boleh digunakan oleh orang Islam. Ia merupakan masalah pelik di Malaysia kerana di negara-negara Islam yang lain , di negara Arab – penganut Kristian berbahasa Arab menggunakan kata ‘Allah’. Umat Kristian sendiri kadang-kadang jahil kecuali jika kita berdoa dalam Bahasa Malaysia, kita berdoa kepada ‘Allah’ dalam bahasa kita sendiri. Sebagai contoh, dalam Bahasa Inggeris, kita tidak menggunakan kata ‘Allah’. Walau bagaimanapun, lebih 60% daripada Kristian di Malaysia hanya bercakap dalam Bahasa Malaysia, dan perkataan yang digunakan untuk Tuhan di dalam kitab Bahasa Malaysia (Al-Kitab) sejak terjemahan pada tahun 1731, adalah ‘Allah’. Kata ini digunakan oleh Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara mereka terutama di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, dan masyarakat Baba di Melaka..... Read more at: http://ift.tt/1jY4ZZJ



Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1jY4ZZJ

via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook