Monday, July 7, 2014

Menjelaskan kekeliruan dalam isu Kalimah Allah

http://ift.tt/1jY50gn Penulis sebenarnya sangat keberatan untuk menulis mengenai perkara ini kerana ia sudah pun menjadi polemik di antara kerajaan dengan pihak geraja Katolik semenjak 2007, sehingga melibatkan kesemua umat Islam dan Kristian ke kancah pertelingkahan. Namun, atas dasar prihatin dan kemanusiaan penulis ingin menjelaskan banyak salah faham mengenai isu ini agar dapat memperbaiki kerosakan yang telah terjadi. [Salah tanggapan oleh Muslim] Rata-rata banyak penganut Islam di Malaysia terutama di Semenanjung Malaysia dan berbangsa Melayu tidak mengetahui bahawa perkataan “Allah” telah lama digunakan secara aman semenjak dari dulu lagi. Sebenarnya perkataan “Allah” terdapat di dalam Alkitab Kristian sebelum isu itu di jadikan polemik. Malah ia digunakan sebelum kewujudan Islam lagi oleh umat Kristian Arab dan umat Arab Jahiliyah yang lain. Tambahan pula, kebimbangan penganut Islam di Malaysia juga di jadikan sentimen kebencian ke atas Kristian dengan anggapan bahawa kalimah atau perkataan “Allah” digunakan dengan tujuan untuk memurtadkan orang Islam sebagai satu agenda mubaligh. Ada juga dakwaan dengan hanya membaca Alkitab Kristian sesorang boleh jatuh murtad dan kafir. Pembacaan Alkitab Kristian dalam bahasa Malaysia (Melayu) belum tentu dapat memurtadkan orang Islam. Bahkan adakah pendakwah dan pendebat seperti Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik itu murtad kerana membaca dan menghafal Alkitab (Bible). Sudah tentu tidak! Bagaimana pula perkajian antara agama boleh dijalankan jika sentimen-sentimen tidak berasas dimomokan sedemikan rupa. ....... Read more at: http://ift.tt/1jY50gn



Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1jY50gn

via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook