Saturday, July 19, 2014

Perintah berkurung 12 jam di enam daerah pantai timur Sabah - The Malaysian Insider

http://ift.tt/1oTHD9f Perintah berkurung 12 jam mulai terbenam hingga terbit matahari dikenakan ke atas enam kawasan pantai timur Sabah untuk meningkatkan keselamatan kawasan itu. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata, enam kawasan itu adalah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau, lapor The Star hari ini. Katanya, kawasan perintah berkurung itu adalah kawasan laut iaitu tiga batu nautika dari pantai sehingga perairan antarabangsa di sempadan Filipina. Jalaludin berkata, ia melibatkan kawasan 362 batu nautika dan kawasan seluas 121,272 batu nautika persegi. Katanya, pihak keselamatan akan menangkap mana-mana pihak yang melanggar perintah itu. – 19 Julai, 2014.



Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1oTHD9f

via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook