Monday, July 21, 2014

Sudah tiba masanya zakat perlu diaudit secara terbuka – Fahmi Zainol

http://ift.tt/1lkV0Ox

Kewajipan membayar zakat bagi yang berkemampuan sudah termaktub dalam rukun Islam iaitu rukun yang keempat di mana zakat tersebut layak diterima oleh lapan golongan asnaf seperti yang disyariatkan oleh Islam. Berdasarkan statistik negara juga menunjukkan bahawa kaum Melayu yang menganut Islam masih mendominasi kemiskinan di negara kita berbanding kaum-kaum lain. Lihat saja golongan gelandangan, golongan meminta sedekah terutama di kota raya, rata-ratanya ialah kaum Melayu dan beragama Islam. Persoalannya dimanakah pengagihan wang zakat yang disalurkan kepada mereka yang selayaknya? Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) berpendirian sudah tiba masanya zakat perlu diauditkan. Antara sebab dan musababnya ialah? [Integriti] Rakyat Malaysia memberikan keyakinan mereka terhadap badan zakat untuk menguruskan duit kutipan zakat, namun begitu sering terpampang di dada-dada akhbar bahawa masih ramai golongan asnaf yang belum menerima hak mereka. Hal ini terbukti daripada laman web kerajaan menyatakan golongan miskin tegar dari masyarakat Melayu paling tinggi iaitu 1.1 % berbanding masyarakat Cina dan India iaitu 0.1% dan 0.3%. Pada tahun 2012 sahaja, orang Melayu mendominasi tahap kemiskinan negara sebanyak 64.8% dan selebihnya adalah kaum lain. Ini menimbulkan persoalan di kalangan golongan Muslim terutamanya terhadap sejauh manakah ketelusan badan zakat dalam menguruskan pengagihan wang zakat. Timbul juga pelbagai persoalan antaranya tentang kelayakan yang perlu ada pada badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ini, berapakah jumlah wang zakat yang sepatutnya disalurkan? Siapakah yang sepatutnya layak menerima wang zakat? Bagaimanakah proses golongan asnaf dalam menerima wang zakat tersebut? Dan sebagainya. Sesungguhnya Islam melarang penganutnya daripada melakukan amalan yang tidak bermoral kerana ini akan menjadi punca kepada penindasan rakyat miskin.

Ketelusan

Dalam proses-proses yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab, perlu adanya dokumen-dokumen rasmi dan dokumen ini perlu disemak serta diuar-uarkan kepada masyarakat umum. Proses ketulusan ini perlu dilaksanakan agar tidak timbul lagi persoalan di kalangan rakyat dan persepsi buruk kepada badan zakat. Proses ini juga melambangkan ketelusan pihak yang bertanggungjawab menguruskan urusan zakat ini.

Solusi

Secara izharnya, di peringkat PMUM mencadangkan, kutipan wang zakat di negara kita perlu diaudit oleh pihak yang berintegeriti sebagai contoh Jabatan Audit Negara dimana dengan mewujudkan satu jawatankuasa baru dalam menguruskan hal zakat seperti mana ekonomi negara diaudit oleh Jabatan Audit Negara.

Kesimpulannya

Solusi yang diberikan oleh pihak PMUM ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya orang islam sendiri, disamping memastikan ketulusan dan integiriti dapat diwujudkan dalam organisasi yang menguruskan pungutan zakat ini. – 20 Julai, 2014.


Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1lkV0Ox

via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook