Tuesday, August 26, 2014

Khalid Samad didakwa atas tuduhan menghasut - The Malaysian Insider

A link shared at J.I.M Facebook Page on August 26, 2014 at 04:23PM via IFTTT:



http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-samad-kena-dakwa-kerana-menghasut



Pada 19 Ogos, Naib Presiden PKR N Surendran didakwa selepas mengeluarkan kenyataan mengenai perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sementara bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa semalam kerana memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ceramahnya dua tahun lalu. Turut hadir untuk menyokong Khalid di mahkamah hari ini ialah bekas Pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sert Ahli Jawatankuasa PAS Dr Hatta Ramli. Khalid pada 26 Jun menggesa Enakmen Pentadbiran Undang- Undang Islam (Enakmen No 3, 1952) dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 dikaji semula. Beliau membuat gesaan itu selepas Mais gagal mematuhi keputusan Jabatan Peguam Negara memulangkan semula Bible versi Iban dan Bahasa Melayu yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) daripada Persatuan Bible Malaysia. Pada 15 Julai, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata Khalid biadap kerana mempersoalkan kedudukannya sebagai ketua agama Islam di negeri ini. "Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak sepatutnya mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat memansuhkan kuasa eksekutifnya. "Saya sedih dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini," kata baginda. Berikutan itu, Khalid berkata, beliau meminta maaf kepada Sultan jika kenyataannya itu difahami sebagai mencabar kuasa baginda. Khalid bagaimanapun berkata beliau berpegang kepada pendiriannya yang Selangor perlu mengkaji semula kuasa eksekutif Mais, sambil menambah bukan niatnya mencabar kuasa Sultan, tetapi hendak melindungi institusi diraja itu daripada sebarang kritikan sekiranya Mais silap dalam menjalankan tugasnya. – 26 Ogos, 2014. www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-samad-kena-dakwa-kerana-menghasut Inilah namanya pemerintahan kuku besi


0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook