Tuesday, December 16, 2014

Duta Filipina bela nasib PTI di Sabah

A link shared at J.I.M Facebook Page on December 16, 2014 at 09:18AM via IFTTT:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/15/duta-filipina-bela-nasib-pti-di-sabah/




















KOTA KINABALU: Duta Filipina di Malaysia J. Eduardo Malaya telah menyeru kerajaan supaya mengamalkan nilai kemanusiaan apabila mengambil tindakan terhadap pendatang tanpa izin (PTI) Filipina terutamanya anak-anak pendatang yang lahir di Sabah.

“Saya menyeru supaya apa-apa tindakan yang diambil terhadap PTI Filipina perlu terdiri daripada nilai-nilai kemanusiaan, pemulihan dan dengan mengambil kira kebajikan mereka yang lahir dan membesar di Sabah, termasuklah hak anak-anak mendapat masa depan yang lebih baik daripada apa yang mereka ada sekarang,” tegas beliau.

Eduardo juga berkata apabila mengambil tindakan terhadap PTI ianya penting untuk berurusan dengan individu-individu berdasarkan kes mereka supaya apa-apa tindakan yang diambil bersifat kemanusiaan.

Beliau berkata bahawa pihak-pihak yang terlibat perlu tahu bahawa kebanyakan kanak-kanak Filipina telah tinggal di Sabah sepanjang hidup mereka dan mungkin mempunyai sedikit atau tiada kaitan langsung dengan negara asal mereka.

Mengulas tentang pemberian surat lahir khas kepada kanak-kanak tanpa kerakyatan untuk tujuan pendidikan dan kemanusiaan, Eduardo berkata bahawa beliau menyokong langkah ini sepenuhnya.

Beliau kemudiannya menunjukkan bahawa satu memorandum persefahaman tentang kerjasama untuk pendidikan antara kerajaan Malaysia dan Filipina telah ditandatangani pada bulan Febuari tahun ini.

“Kami sekarang berada dalam proses menggubal satu program bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia tentang bagaimana kerjasama ini boleh dilaksanakan, dan salah satu perkara yang kedua-dua pihak sedang pertimbangkan adalah penyediaan pendidikan alternatif bagi kanak-kanak Filipina yang lahir di Sabah,” kata beliau.

“Kini terdapat sijil lahir yang diberikan kepada kanak-kanak ini untuk tujuan pendidikan yang kami sangat alu-alukan,” tambah beliau.


---------------------------------------------------------------------

Pendapat dan pandangan JIM (Justice in Malaysia)

#PTI / #PATI = Pendatang Asing Tanpa Izin

#WargaAsing = Pelancong/Buruh/Suami/Isteri Warga Asing yang masuk ke dalam Malaysia melalui saluran yang betul dengan dokumen yang sah

#STATELESS = Lahir di Sabah dan tidak mendapat kewarganegaraan.

SEE THE DIFFERENCE ???

"Justice and humanity for the Stateless people and children in Sabah."

Perkara 10 (Perjanjian 20 Perkara Sabah - 16 September 1963):

Kewarganegaraan Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan:


  • Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun
  • Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya menyatakan "7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"
  • Perenggan kecil (II) TIDAK SEPATUTNYA MENGANDUNGI SEKATAN BERKENAAN DENGAN KEWARGANEGARAAN IBU BAPA SESEORANG YANG DILAHIRKAN DI BORNEO UTARA SELEPAS HARI MALAYSIA SEMESTINYA MENJADI WARGANEGARA PERSEKUTUAN.
  • (http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_20_Perkara_Sabah#Perkara_10:_Kewarganegaraan)

    Selama ini kerajaan Malaysia tidak mentaati perjanjian tersebut dan menyembunyikan hak mereka yang berstatus STATELESS dengan menggunakan status PENDUDUK TETAP dan PENDUDUK SEMENTARA.

    Kebanyakan daripada mereka yang mendapat status Penduduk Tetap ini adalah suami/isteri warga asing yang telah menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Sabah, walhal, mereka yang telah lahir dan tinggal di Sabah lebih daripada 5 tahun tidak mendapat apa-apa status kerakyatan. Sebelum ini mereka yang mendapat status Penduduk Sementara di dalam mykad mereka hanya dapat menyambung selama 5 tahun, dan kini tidak di layan di Jabatan Pendaftaran Negara.

    0 comments:

    Post a Comment

    Share

    Join us on Facebook