Thursday, March 26, 2015

Wanita dibunuh selepas lihat kejadian bunuh

View and read more at http://m.malaysiakini.com/news/293244

Seorang wanita tempatan berusia 40 tahun dibunuh selepas menyaksikan kejadian bunuh di hadapan sebuah pusat karaoke di Jalan PJS 8/13 di Sungai Way, dekat ibunegara awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata dalam kejadian kira-kira 1.25 pagi itu, tiga suspek lelaki pada mulanya menyerang seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun. "Mereka menggunakan parang dan rantai untuk menyerang mangsa di kaki lima sehingga mati, dan ketika itu wanita tersebut melihat kejadian berkenaan. "Wanita itu turut dibunuh," kata Azmi ketika dihubungi. m.malaysiakini.com/news/293244

(Auto-Posted-Link via IFTTT from Justice In Malaysia fbpage on March 26, 2015 at 06:33PM.)

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook