Monday, April 6, 2015

Kedah cadang naik gaji Adun 50% - The Malaysian Insider

View and read more at http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kedah-cadang-naik-gaji-adun-50

Kerajaan Kedah bercadang menaikkan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk speaker, timbalan speaker dan Exco sebanyak 50%, manakala menteri besar naik 25%, mulai 1 Januari tahun depan. Usul cadangan penambahbaikan gaji dan elaun itu dibentang Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail. "Walaupun cadangan itu jika diluluskan dewan akan menyaksikan kenaikan gaji sebanyak 50% bagi semua, tetapi menteri besar di atas permintaannya sendiri hanya mahukan kenaikan sebanyak 25% sahaja," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darulaman hari ini. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kedah-cadang-naik-gaji-adun-50

(Auto-Posted-Link via IFTTT from Justice In Malaysia fbpage on April 06, 2015 at 06:44PM.)

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook