Saturday, April 11, 2015

Pelajar universiti tak puas hati penerangan GST Ahmad Maslan

View and read more at http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelajar-universiti-tak-puas-hati-penerangan-gst-ahmad-maslan

Maziah Mazli, 21, berpendapat, Ahmad tidak menjawab soalan yang dibangkitkan dan memberi penjelasan sebenar mengenai GST. "Kerajaan mesti terangkan dulu (pada pelajar). Dia tak jawab soalan. Dia macam 'twist' (putar belit). Kami sebagai pelajar, kami nak tau apa sebenarnya GST. Kami tak dapat gambaran jelas apa itu GST. "Sejak pelaksanaan GST, terasa sangat kesannya, terutamanya top-up (kredit telefon bimbit) dan makan. Kerajaan macam tak ambil kira semua aspek. Kami tidak ada kemudahan untuk masak. "Jadi, betul-betul bergantung kepada makanan yang disediakan universiti," katanya yang mengulas saranan Ahmad kepada mereka supaya selalu memasak dan tidak makan di luar untuk mengelakkan GST. Muhammad Shamil berkata GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 April, 2015. Muhammad Shamil berkata GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 April, 2015. Seorang pelajar Fakulti Undang-undang, Muhammad Shamil, 20, pula mengatakan beliau tidak setuju dengan pelaksanaan GST dan jawapan Ahmad pula seperti menghentam pembangkang. "Saya tengok menteri tadi lebih kepada nak hentam pembangkang daripada menjawab soalan. Masalah saya bukan GST, tapi pelaksanaan GST. "Saya okey dia (Ahmad) datang ke sini, tapi dia tak menjawab soalan," katanya ketika ditemui selepas sesi itu yang diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pagi ini. Muhammad mengatakan, GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah.

(Auto-Posted-Link via IFTTT from Justice In Malaysia fbpage on April 11, 2015 at 05:30PM.)

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook