Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

GLC sales manager arrested for graft – Bernama

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has detained a sales manager from a government-linked company (GLC) for alleged bribery involving more than RM1.7 million for a workshop renovation project. MACC director of investigations, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, said the sales manager, in his... Read more at: http://ift.tt/1wxmfec



Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1wxmfec

via IFTTT

Friday, July 11, 2014

Skim cepat kaya YSLM diharam - Kosmo! Online

KUALA PILAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan skim cepat kaya YSLM yang diasaskan oleh seorang warganegara China sebagai haram kerana dipercayai telah mengutip RM300 juta daripada orang ramai tanpa mengikut undang-undang. Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pengasasnya, Zhang Jian, 26, mendakwa dia orang terkaya di dunia dan mahu membantu rakyat Malaysia untuk menjadi kaya dengan cepat. Bagaimanapun siasatan pihaknya mendapati dakwaan syarikat itu tidak benar. Beliau berkata, lelaki itu datang ke Malaysia awal tahun ini untuk mewujudkan skim penipuan itu. "Siasatan mendapati skim ini adalah haram kerana ia langsung tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga tiada lesen daripada KPDNKK. "Jadi saya katakan ia syarikat haram kerana bergerak secara tidak teratur dan tidak mengikut undang-undang," katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Seri Menanti di Kampung Galau/Mertang di sini malam kelmarin. Turut hadir, Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hasan Malek merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah. YSLM mengunakan sistem piramid iaitu seseorang perlu mencari orang bawah bagi membolehkan pelabur menerima separuh daripada pelaburan pertama berjumlah RM300. Artikel Penuh: http://ift.tt/1mQS81l

Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1mQS81l

via IFTTT

Suarakini: Larangan jual sebelum jam 3 petang tak adil

Tinjauan Kinitv mendapati rata-rata oranjg ramai menyokong tindakan kerajaan untuk mengetatkan peraturan berpuasa di bulan Ramadan. Namun, mereka tidak bersetuju dengan larangan supaya premis makanan Islam dibolehkan beroperasi hanya selepas jam 3 petang.

See more at: http://ift.tt/1qqedSt

Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1qqedSt

via IFTTT

Wednesday, July 9, 2014

Tuesday, July 8, 2014

LHDN kesan 1,748 syarikat lari cukai babit RM2.02 bilion - The Malaysian Insider

http://ift.tt/1xKZOVf Pengarah Jabatan Siasatan LHDN Datuk Mohd Nizom Sairi berkata bagaimanapun hasil audit pematuhan cukai yang dijalankan oleh LHDN, kerajaan bukan saja memperoleh semula hasil itu tetapi bayaran penalti berjumlah RM1.3 bilion daripada syarikat terbabit. Katanya, semua syarikat berkenaan melakukan pelarian cukai tidak nyata dan tindakan yang dikenakan terhadap mereka ialah secara sivil di luar mahkamah iaitu perlu membayar cukai taksiran tambahan serta penalti. Mohd Nizom berkata, LHDN juga mengambil tindakan jenayah jika terdapat bukti kukuh syarikat melakukan pelarian cukai yang menuntut pembayaran cukai taksiran tambahan dan penalti, selain pemilik berdepan hukuman penjara. Katanya, antara modus operandi syarikat yang cuba lari daripada membayar cukai ialah membuat tuntutan pembelian dan perbelanjaan palsu, tidak melaporkan jualan atau mengurangkan jualan yang dilapor, selain tuntutan elaun berlebihan atau tuntutan elaun tidak layak. "Ada yang cuba laporkan sebahagian saja keuntungan, mungkin transaksi jualan tunai tanpa resit yang dilakukan tidak dimasukkan dalam akaun, serta meningkatkan perbelanjaan belian kononnya untuk perniagaan," katanya. Beliau berkata, ada syarikat terbabit menuntut potongan yang tidak sepatutnya atau secara berlebihan seperti elaun modal dan tuntutan insentif yang tidak layak. Katanya, bagi pembayar cukai yang tetap enggan melunaskan bayaran tambahan cukai dan penalti, LHDN akan menggunakan peruntukan menurut Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk menghalang mereka ke luar negara dan kaveat harta pembayar cukai bagi melunaskan tunggakan. Mohd Nizom berkata, meskipun sukar untuk menentukan jumlah pelarian cukai yang tepat setiap tahun, LHDN sentiasa mempergiat usaha untuk memastikan jumlah cukai sebenar yang perlu dibayar dapat dikutip mengikut tempoh yang ditetapkan. Katanya, susulan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri untuk syarikat pada 2001, LHDN menguatkuasakan audit pematuhan. "Selepas audit dilakukan dan kalau kita kesan ada berlakunya taksiran kurang, melaporkan tidak betul, atau tidak melaporkan yang dengan sengaja dilakukan untuk mengurangkan cukai yang dikenakan terhadapnya, kita akan betulkan semula dan taksirkan cukai tambahan berserta dengan penalti," katanya. Beliau berkata, LHDN mempertingkat penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan fungsi dan peranannya disedari oleh pembayar cukai, sekali gus dapat menghindari kegiatan pelarian cukai. Mohd Nizom berkata, orang ramai boleh melaporkan kegiatan pelarian cukai pendapatan kepada LHDN menerusi surat atau e-mel ke pelariancukai@hasil.gov.my, atau menghubungi talian 03-83138888, sambungan 20601/20607 atau hadir ke ibu pejabat LHDN di Cyberjaya atau mana-mana Pejabat Pengarah Negeri LHDN berhampiran. Maklumat dan identiti pengadu adalah rahsia dan setiap aduan akan diteliti serta disiasat sewajarnya, katanya. – Bernama, 8 Julai, 2014.



Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1xKZOVf

via IFTTT

MLM scheme an illegal set up - Nation | The Star Online

http://ift.tt/1n9o4gl In George Town, the Penang Municipal Council said Zhang has been operating his business activities on the island without a licence. The council’s public health and licensing alternate chairman, Ong Ah Teong, said the operator of Yun Shu Mao in Tavoy Road could be fined RM250 for the offence. “We have not received any application from the operator, and I will ask my officers to check the premises.” A check at Yun Shu Mao’s office in Tavoy Road found that the business was operating as usual yesterday. It is believed the company has collected around RM300mil since it began its business in Malaysia some time late last year. Zhang’s business model has raised eyebrows. According to the company’s online advertisements, people can earn big money without having to work. By merely investing RM300, members are guaranteed an income of between RM2,700 and RM6,800 a month – without lifting a finger. Alias has directed the ministry’s state offices to be on the look out for the company and act should there be any activities at the business premises. He said investigations were also being made on another company to determine it’s co-relation with Zhang’s business outfit. The other company is a registered entity dealing with cosmetic products.



Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1n9o4gl

via IFTTT

Share

Join us on Facebook