Showing posts with label Code of Ethics. Show all posts
Showing posts with label Code of Ethics. Show all posts

Saturday, August 16, 2014

Akui kegagalan EAIC, siasat salah laku polis, kata Majlis Peguam - The Malaysian Insider

A link shared at J.I.M Facebook Page on August 16, 2014 at 06:24PM via IFTTT:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akui-kegagalan-eaic-siasat-salah-laku-polis-kata-majlis-peguam

Majlis Peguam menggesa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) disegerakan memandangkan kegagalan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menyelesaikan isu salah laku polis di negara ini.

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong sekali lagi menyuarakan keperluan penubuhan IPCMC selepas usaha sekian lama untuk menubuhkan badan berkenaan menemui kegagalan.

"Majlis Peguam menggesa kerajaan Malaysia mengakui kegagalan EAIC menguruskan cabaran yang dihadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kebimbangan umum dan menyemak kembali inisiatif penubuhan IPCMC," kata Christopher ketika berucap dalam Forum Awam bertajuk "Akauntabiliti Polis di Malaysia" di Kuala Lumpur, hari ini.

Desakan penubuhan IPCMC bermula beberapa tahun lalu sejak era bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penubuhan itu disaran dalam 125 Syor oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada 2004.

Namun, desakan penubuhan IPCMC gagal, sebaliknya EAIC ditubuhkan pada 2009 apabila rang undang-undang Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] diluluskan selepas dibahaskan di Parlimen.

Christopher berkata, isu kes kematian dalam tahanan polis amat membimbangkan dan penubuhan IPCMC perlu disegerakan memandangkan EAIC "gagal mencapai matlamatnya."

"EAIC bukan hanya bertanggungjawab menyiasat pasukan PDRM semata-mata, terdapat 19 lagi agensi penguatkuasaan yang berada dalam pemantauan mereka," katanya.

"Selain itu, EAIC juga tidak mempunyai dana yang mencukupi. Laporan Belanjawan menunjukkan EAIC hanya menerima peruntukan RM7.2 juta pada 2013 dan RM7.7 juta untuk 2014," katanya.

Christopher berkata, EAIC hanya menyiasat dan kertas laporan akan diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

"Mereka juga tidak boleh memaksa PDRM menerima syor penyiasatan mereka," katanya.

"Penubuhan IPCMC masih lagi boleh digunapakai sehingga ke hari ini," tambahnya.

Beliau berkata, PDRM seharusnya mengukuhkan rasa hormat terhadap undang-undang dan hak asasi manusia antara pegawai mereka dengan menghukum mana-mana anggota yang melakukan kesalahan.

"Rekod kematian dalam tahanan seorang dalam masa 3 minggu memberikan kesan buruk kepada PDRM.

"Gesaan ini bukan soal menghukum pesalah, tetapi pentingnya nilai seorang manusia," katanya. – 16 Ogos, 2014.


Saturday, June 14, 2014

Kod Etika Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Kod etika baru polis dilancar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_04.htm

8 June 2000

KUALA LUMPUR 7 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan kod etika baru bagi menjadikan pasukan itu maju dan seiring dengan era teknologi maklumat masa kini.

Kod etika lima perkara itu dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dalam satu majlis di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, di sini.

Lima perkara yang terkandung dalam kod etika baru itu ialah Setia, Berdisiplin, Berwibawa, Prihatin Dan Mesra, dan Cemerlang.

* Setia bermaksud: Anggota polis mesti memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara, kerajaan dan pucuk pimpinan pasukan.

* Berdisiplin: Setiap anggota polis mesti mengutamakan disiplin diri dan tugas pada setiap masa dengan tekun, tabah dan beramanah.

* Berwibawa: Anggota polis mesti melaksanakan segala kewajipan dan kuasa-kuasa dengan jujur, tegas, berani, adil dan saksama.

* Prihatin dan Mesra: Anggota polis mesti sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra, cepat, betul, serta terkini dan mengutamakan hak dan kepentingan masyarakat.

* Cemerlang: Anggota polis mesti sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran, mengamalkan cara hidup sederhana, suci dan bahagia untuk mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang serta bersikap positif dan proaktif bagi mewujudkan sebuah organisasi yang unggul dan peka terhadap perubahan semasa.

Norian dalam sidang akhbar berkata, kod etika baru itu merupakan pengubahsuaian kepada kod etika yang sedia ada dengan mengambil kira perkembangan semasa.

Beliau berkata, kod etika baru itu lebih menekankan khidmat mesra kepada masyarakat dan penekanan terhadap teknologi maklumat di kalangan anggota polis.

''Sebelum ini, kita tidak menekankan sangat kepada soal teknologi maklumat dan kali ini kita akan memberi perhatian yang serius terhadapnya di samping khidmat yang mesra,'' jelasnya.

Menurut Norian, PDRM cuba menggabungkan nilai-nilai etika yang sedia ada dengan kehendak ciri-ciri pengurusan moden dan peredaran semasa dengan harapan dapat melahirkan warga PDRM yang mantap, berwibawa serta serasi dengan perkembangan zaman.

Di majlis itu juga, Norian menyampaikan Kod Etika Baru PDRM kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Jamil Johari, semua Pengarah Jabatan PDRM, Ketua-Ketua Polis Negeri, Komander-Komander Briged dan Komandan pusat-pusat latihan polis seluruh negara.














http://twitter.com/chandrakumanan/status/260224041963626497/photo/1

Share

Join us on Facebook