Saturday, June 14, 2014

Ambil tindakan terhadap penjawat awam jika terlibat militan, kata Muhyiddin (TMI)

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ambil-tindakan-terhadap-penjawat-awam-jika-terlibat-militan-kata-muhyiddin

14 June 2014

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyokong usaha polis mengambil tindakan terhadap seorang anggota tentera yang terlibat kegiatan militan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, tindakan pantas polis mampu mencegah insiden berdarah pencerobohan Lahad Datu berulang dan oleh itu ia sangat dialu-alukan.

"Saya sokong usaha yang diambil pihak berkuasa terutamanya polis kerana peristiwa yang berlaku di Lahad Datu ini sesuatu yang menggemparkan dan tidak boleh diizinkan.

"Apa lagi kalau bentuk keganasan. Kita tidak akan bertolak ansur. Jika polis menyiasat dan ambil tindakan. Kita serah kepada mereka untuk menghakimkan kes sebegitu.
"Saya tak kira siapa walaupun pegawai kerajaan. Asalkan ada bukti kukuh mereka terlibat dalam kegiatan (militan) dan ada asas untuk dikemukakan ke mahkamah," katanya selepas merasmikan Karnival Amal di Bukit Damansara, hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah antara tiga rakyat tempatan ditahan polis di Sandakan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan.

Katanya, suspek berusia antara 29 dan 31 tahun, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Bahagian Pencegahan Keganasan, Cawangan Khas, Bukit Aman.

Beliau berkata, seorang daripada individu yang ditangkap merupakan anggota kanan sel militan yang disyaki menjalankan latihan ketenteraan di kem milik Kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina, sejak 22 April lalu. – 14 Jun, 2014.

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook