Monday, July 21, 2014

Gereja seluruh dunia adakan upacara doa untuk mangsa MH17 - The Malaysian Insider

http://ift.tt/1qu3fzJ

Gereja di seluruh dunia mengadakan upacara bacaan doa khas untuk mangsa dan keluarga pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia Khamis lepas.

Akhbar The Daily Telegraph yang berpejabat di Australia di laman webnya berkata rakyat Ukraine mengadakan upacara berdoa di Gereja St Andrews di Lidcombe pada Sabtu.

Akhbar itu melaporkan kira-kira 100 orang yang berkabung berkumpul di Gereja Katolik St Mary Magdalene di Rose Bay, Australia semalam memberi penghormatan kepada guru dan biarawati, Sister Philomene Tiernan, seorang daripada mangsa nahas itu.

Biskop Rom dan Paus Francis, Vatican City State, juga mengadakan upacara doa pada Jumaat untuk mangsa-mangsa tragedi berkenaan, menurut Catholic News Agency.

Agensi itu juga melaporkan bahawa Paus Francis menggesa semua pihak yang terlibat dalam konflik negara berkenaan berusaha mencari perdamaian.

Pesawat MAS itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 orang bila ia dilaporkan ditembak jatuh pada ketinggian 30,000 kaki di ruang angkasa Ukraine dekat sempadan Rusia. – Bernama, 20 Julai, 2014.

Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1qu3fzJ

via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook