Friday, July 11, 2014

Kit Siang: Dedah segera laporan RCI Sabah

http://ift.tt/1oLLeZQ MP Gelang Patah, Lim Kit Siang menggesa kerajaan mendedahkan segera laporan Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi menyiasat masalah kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah. Menurutnya, laporan itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 14 Mei lalu namun sehingga kini ia belum diterbitkan untuk diteliti orang ramai. Menurutnya, kelewatan ini menyebabkan orang ramai tidak yakin dengan keseriusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan penstrukturan semula Kawalan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) baru-baru ini. "Kerajaan Persekutuan tidak menunjukkan sebarang keazaman atau kepimpinan untuk menghapuskan punca masalah pendatang asing tanpa izin yang telah lama berlarutan di Sabah. "Ini adalah punca kepada krisis keselamatan dan ketenteraman di Sabah," katanya dalam kenyataan. Menurutnya lagi, kewibawaan Najib bakal hilang seandainya beliau terus menangguhkan pendedahan laporan itu. Jelasnya, ia akan mengesahkan anggapan bahawa penubuhan suruhanjaya itu sebelum ini tidak ikhlas tetapi sekadar "muslihat pilihan raya tidak berhati perut" menjelang pilihan raya umum 2013. RCI ini ditubuhkan pada September 2012 dengan keanggotaan seramai enam orang dan diketuai bekas hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Ia ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan pemberian kewarganegaraan untuk mendapatkan undi pada tahun 80-an.



Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1oLLeZQ

via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook