Thursday, July 17, 2014

Yahudi bangsa yang dilaknat Allah – Nik Aziz Nik Mat - The Malaysian Insider

http://ift.tt/1wxmiGX Saya sedang berehat di dalam wad HUSM pada masa sekarang atas nasihat doktor. Namun, setiap hari saya tidak lekang untuk menatap berita daripada-akhbar dan juga media maya khususnya yang melibatkan pergolakan di bumi Gaza hari ini. Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu betapa hati kita turut hancur luluh bersama kehancuran rumah kediaman milik rakyat Palestin akibat diserang tanpa perikemanusiaan Israel. Yahudi ialah bangsa yang dilaknat Allah. Ia termaktub di dalam banyak ayat-ayat Al-Quran. Salah satunya ialah ayat yang diwajibkan Allah ke atas kita untuk membacanya dalam solat iaitu surah Al-Fatihah. Selepas kita diwajibkan memohon daripada Allah dikurniakan jalan yang lurus iaitu jalan orang yang diberikan nikmat, Allah terus mendatangkan ayat selepasnya iaitu bukan jalan orang dimurkai. Sepakat para ulama menyatakan golongan yang dimurkai ini ialah orang Yahudi yang membelakangkan iman mereka kepada Nabi Muhammad hanya kerana darah bangsa yang berbeza. Yahudi bangsa yang membunuh para nabi sekalipun nabi-nabi itu daripada kalangan bangsa mereka sendiri. Jika mereka sanggup membunuh nabi, apalah sangat untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin pada hari ini. Jenayah membunuh anak kecil itu sangat remeh di pandangan mata mereka jika dibandingkan dengan kesanggupan membunuh para nabi. Tidak dinafikan ada bangsa Yahudi yang memeluk Islam dan mendapat hidayah daripada Allah, tentunya mereka ini terhindar daripada kutukan yang dimaksudkan oleh Allah. Namun secara umumnya itulah sifat bangsa Yahudi iaitu melebihkan diri mereka berbanding bangsa lain. Darah mereka dianggap mulia daripada darah bangsa lain. Juteru, nyawa bangsa lain itu dianggap murah tanpa harga dan sewenang-wenangnya dapat ditamatkan bila-bila masa. Satu daripada tanda sesatnya Yahudi ialah mereka mendakwa sebagai anak Allah. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran: Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata:"Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali" (Surah Al-Maidah, ayat 18) Saya menyeru kepada sekalian umat Islam agar bangkit membantu saudara seagama kita yang sedang menghadapi ujian di bumi Gaza ekoran sifat kebinatangan bangsa Yahudi. Berdoa dan hulurkan bantuan. Para ulama wajib bangkit memberikan kesedaran kepada masyarakat. Jangan ada yang menyinsingkan jubah bimbang terpercik darah rakyat Palestin sedangkan dirinya hidup dalam kemewahan akibat menjual fatwa. Ramadan ini peluang kita untuk memanjatkan doa yang insya-Allah dimakbulkan Allah. Saya penuh yakin insya-Allah, bangsa Yahudi yang zalim ini sedang berjalan menuju ke saat kehancuran mereka yang dijanjikan Allah.– 17 Julai 2014. - See more at: http://ift.tt/1wxmiGX



Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1wxmiGX

via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook