Thursday, July 31, 2014

Pejuang Hamas dilatih di Malaysia

A link shared at J.I.M Facebook Page on July 31, 2014 at 02:53PM via IFTTT:


http://www.astroawani.com/news/show/pejuang-hamas-dilatih-di-malaysia-40976




Berita ini tidaklah menghairankan sangat, kerana penglibatan rakyat Malaysia dalam berita-berita sebelum ini sudah ada yang melibatkan Militan ISIS dan Militan Filipina:

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/14/ISIS-and-the-first-Malaysian-suicide-bomber/

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/um-lecturer-among-5-hunted-by-police-for-terrorism-activities

http://news.malaysia.msn.com/tmi/lebih-100-rakyat-malaysia-berjuang-di-syria-dan-iraq-dedah-pegawai-perisikan

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-telah-pecat-lotfi-ariffin-yang-sertai-jihad-di-syria-kata-mustafa-ali

Berdasar link-link di atas, mereka bukan sahaja terdiri daripada rakyat biasa, tetapi ada juga yang merupakan orang-orang yang berpengaruh seperti pensyarah, ahli politik dan sebagainya.

Malah ada juga daripada kalangan pegawai dan penguatkuasa undang-undang seperti anggota PolisTLDM, RELA dan sebagainya yang turut disyaki terlibat:

http://www.sinarharian.com.my/semasa/anggota-tldm-antara-ditahan-terbabit-militan-1.289918

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=1050080

http://www.hmetro.com.my/articles/AnggotaRELA_TLDMdisyakiterbabitkegiatanmilitan/Article/

http://malaysianreview.com/2749/seorang-koperal-polis-malaysia-7-warga-filipina-didakwa-ceroboh-lahad-datu/

Seorang koperal polis Malaysia, 7 warga Filipina didakwa – Ceroboh Lahad Datu

 

Polis merahsiakan kes Kpl Hasan Basri sejak pencerobohan bermula sehinggalah hari ini beliau di dakwa secara rasmi. Admin akan kaji pertuduhan seksyen 130M. Beliau hanya dituduh belum dibuktikan bersalah harap keadilan untuk beliau dan juga mangsa Lahad Datu termasuk yg utama pihak pasukan polis sendiri.  













Tujuh warga selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.
Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.
Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.
Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar.
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal [ Kpl Hasan Basri] juga didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah.
Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.
Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh.
- Bernama



0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook