http://ift.tt/1jGJqT3
KOTA KINABALU: Seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi. Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng, dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang. Difahamkan, ketika kejadian dua anggota polis terbabit sedang makan menyebabkan mereka tidak sempat mencari perlindungan walaupun dapat membalas tembakan. Anggota polis yang terkorban ialah Koperal Ab Rajah Jamuan manakala anggota yang hilang ialah Konstabel Zakiah Aleip. Menurut sumber, sebuah bot ronda polis marin yang cuba memberi bantuan turut diserang, namun anggota terbabit dapat berlindung daripada tembakan. Pasukan keselamatan sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan kumpulan bersenjata terbabit di sekitar perairan Semporna hingga ke sempadan selatan Filipina," katanya ketika dihubungi BH. Difahamkan, tiada pelancong resort berkenaan mengalami kecederaan kerana ketika kejadian kebanyakan mereka berada dalam bilik penginapan masing-masing.
Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1jGJqT3
via IFTTT

0 comments:
Post a Comment