Friday, September 12, 2014

Wang bukan untuk Palestin

A link shared at J.I.M Facebook Page on September 12, 2014 at 03:46PM via IFTTT:


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/09/12/wang-bukan-untuk-palestin/


KUCHING: Isu mengenai kutipan derma, khasnya untuk penduduk Gaza akan dibawa ke Kabinet Sarawak sebagai aktitivi yang sedang berkembang di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Daud Abdul Rahman berkata isu berkenaan sangat serius kerana ia membabitkan penipuan dengan menggunakan nama penduduk Palestin yang menderita.

“Ini mungkin melangkaui kuasa saya (Hal Ehwal Islam) tetapi ia berkait rapat dengan sebahagian besar penderma Muslim yang ditipu. Mereka fikir mereka sedang menderma kepada penduduk Palestin di Gaza,” kata beliau.

Beliau takut aktiviti terbabit akan membawa salah faham di antara penderma yang jujur.

Pada masa yang sama, beliau menggesa kepada mereka yang berniat untuk menderma supaya melakukannya melalui saluran yang sah seperti ‘Aman Palestin’ atau ‘Ehsan Palestin’.

“Mereka yang menderma akan dikecualikan dari cukai. Jangan menderma kepada mana-mana kumpulan atau organisasi yang anda tidak biasa dengan atau tidak pasti kerana mereka yang tidak bertanggungjawab akan menggunakannya demi kepentingan mereka sendiri,” kata beliau.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa untuk lebih berjaga-jaga mengenai aktiviti kutipan derma yang tidak sah danmengambil tindakan yang sepatutnya.

Baru-baru ini, beberapa kumpulan bertindak membuat kutipan derma secara terbuka untuk membantu penduduk Palestin Gaza di pasaraya dan beberapa tempat awam di Kuching, Miri, Bintulu dan bandar lain di dalam negeri.

Antara kumpulan yang terbabit adalah ‘Yayasan Hang Tawi Malaysia’ yang diharamkan di Semenanjung Malaysia kerana mereka tidak mempunyai permit yang sekarang sangat aktif beroperasi di dalam negeri.





0 comments:

Post a Comment

Share

Join us on Facebook