Showing posts with label Article. Show all posts
Showing posts with label Article. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Papa CJ - Muslim Is Not Terrorist

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151370734086671&set=a.245900261670.148860.10514926670&type=1























All  three Islam, Jewish or Christian religious people will understand if I say that the first war in the world is between Cain and Abel, based on the ancient history since the first man on earth, Adam, according to their earliest scriptures and their beliefs.

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Cain_and_Abel_in_Islam
http://en.m.wikipedia.org/wiki/Cain_and_Abel

Many do agree, understood and do not deny that not all muslim are terrorist, in fact there is no official statement that are saying muslim are terrorist (unless you find it in social network posts, comments and tweets). Terrorist does not represent any religion at all. they use violence and force to achieve their agenda. I will not be surprised if the picture source are came from terrorist itself. So we should not defend any terrorism regardless of race or religion.

Attitude or morality of a person often different from one to another, no matter what religion they are practicing and believe. "Different folks, different strokes". Stop terrorism and violence that use religion for hidden agenda. And those who use children and women pictures and videos to cover their evil agenda. Stop arguing blindly about something before we know the truth.

Malaysia’s first Malay woman doctor passes away at 95


KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Salma Ismail, the country’s first Malay woman doctor, passed away today evening at Pantai Hospital in Bangsar at 6.15pm due to old age. She was 95.

Her eldest son, Tan Sri Dr Ridzwan Bakar said his mother died at 6.15pm, and that she was warded at the hospital recently.

He urged those who wanted to pay their last respects to her to do so before noon tomorrow (Monday) at No 6, Jalan Mesra, Off Jalan Aman, Kuala Lumpur.

“My mother’s determination to become a doctor superceded the norms of the time especially for a single Malay girl to journey from her hometown of Alor Star by boat to study in Singapore. But she did.”

The Second World War did not stop her from finishing her course, and it took her 11 years, which is longer than usual to finish her medical studies after it was interrupted by the war.

“She was the only girl candidate and the first in Kedah who passed the Senior Cambridge with distinction,” Dr Ridzwan said when contacted.

Dr Salma is the first Malay accredited doctor, after she completed her medical studies in 1947.

While studying midwifery in Dublin, Ireland, she met the late Datuk Dr Abu Bakar Ibrahim, also an Alor Star native and they later married.

Dr Ridzwan said his late father later became Director for the Institute of Medical Research.

Dr Salma returned to Alor Star to serve as the Royal Midwife to the late Sultanah of Kedah, following her studies in Dublin.

When Dr Abu Bakar was transferred to serve as Medical Superintendant of Kuala Lumpur General Hospital, Dr Salma became one of the first Malay private medical practitioners in the country to open a private clinic in 1967 – Klinik Salma - which still stands today. She retired from private practice at age 82.

Dr Ridzwan said his mother lived by the principle: “Have confidence in yourself, be honest, do not talk bad about others and give help to those who need it”.

She received the Bintang Cemerlang Kedah award in 1957 and Dato Paduka Mahkota Kedah (DPMK) in 1996 by the sultan of Kedah.

In 1997, she received her Tan Sri title after being conferred with the Panglima Setia Mahkota by the Yang di-Pertuan Agong.

Dr Salma was also involved in the Higher Education Advisory Council, Governing Board of Tunku Kurshiah College, and was president of Private Practitioners Association of KL and president of the Pan-Pacific Southeast Asia Women Association.

She is survived by three children, who include Dr Ridzwan and six grandchildren.


Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/WvPHGQ

via IFTTT

Wednesday, July 16, 2014

Thugs in uniform

FMT LETTER: From: W. Fernandez via e-mail (16 July 2014)
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/letters/2014/07/16/thugs-in-uniform/

I am not a member of Crime Watch, neither am i a member of any NGO or political party. I am just an ordinary Malaysian hoping for a better Malaysia.

Last week, I witnessed two traffic policemen punching and beating up a foreign worker in the ‘old town’ area of Ampang.

The incident took place in the vicinity of the Ampang police station at a traffic check point. Members of the public who witnessed the event were dumbstruck, watching our law enforcement personnel taking the law into their own hands.

Witnessing this incident confirmed my view that members of our armed personnel have the tendency to physically and verbally abuse anyone whom they see as weak and vulnerable. Foreign workers are an easy target. It is sad that traffic enforcement personnel and policemen sometimes see themselves as individuals above the law.

Outriders of VVIPs are no better. They bully other road users to give way to their entourage. On several occasions I have witnessed these outriders blatantly breaking traffic rules to the extent of causing danger to other road users. It’s a shame that these VVIPs do not caution or advise their outriders to take extra care to ensure the safety of others. Yet again these traffic and police outriders see themselves as being above the law.

How do we progress as a nation when members of our police force create fear and adopt a culture of superiority over its citizens?

It just makes the silent majority sick to the core.

Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/W9677F

via IFTTT

Saturday, July 12, 2014

When you call yourself a Muslim – Sharifah Zahra - The Malaysian Insider

Ramadan was always the same for me until I came here as a foreigner in New Zealand. It is true that when you are alone you will be able to figure out your own self. Observing other people’s behaviour makes you realise the importance of developing yourself each and every day.

Being a Muslim is what I was always proud of, but my perception changed after I read a book titled “Start-up Nation, The Story of Israel’s Economic Miracle”. The book revealed the determination, spirit and authenticity of Israel in making its own economic success. The life force and purpose that Israel has is nothing compared to us, the contemporary Muslims today.

I am not here to provoke, but let’s take this as reality. The economic development that they have created is amazing. They were suppressed for so long, from the Holocaust to oil bans – up til today, we still disagree with most of what they did but they remain successful. There is a chapter in the book explaining seeding the culture of innovation.

At a very young age, they were encouraged to find ways to be better in life, and whoever succeed should come back and instil that spirit in future generations. Yozma, Kibbutz and other government polices made it clear that innovation is very important in development. Besides that, unity is also a key factor for a better nation. “The New Republic’s Leon Wieseltier wrote at the time that Operation Moses clarified “a classic meaning of Zionism: there must exist a state for which Jews need no visas.” – Start-up Nation, pg151.

Read more in: http://ift.tt/1sKFzEd



Shared on Justice In Malaysia Facebookpage: http://ift.tt/1sKFzEd

via IFTTT

Friday, June 13, 2014

Berjuang untuk semua – Dr Tajuddin Mohamad Rasdi (TMI)

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/berjuang-untuk-semua-dr-tajuddin-mohamad-rasdi

13 June 2014

Untuk menjadikan mahasiswa Melayu sebagai calon terbaik bagi kepimpinan komuniti, bangsa dan industri, mereka perlu mempunyai daya juang, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi lebih penting lagi adalah untuk orang lain.

Mungkin ramai pembaca terpinga-pinga kenapa pula nilai ini harus ada dan tidakkah yang dipentingkan adalah diri sendiri dan selepas itu baru orang lain? Sebenarnya, dalam pengajaran banyak agama dan pakar motivasi, nilai ini bukan sahaja nilai yang akan menjulang mahasiswa tersebut ke mata komuniti, bangsa dan industri, ia adalah senjata utama untuk memerangi ego dan nafsu iaitu dengan meletak orang lain lebih daripada diri sendiri.

Sudah tentulah sesebuah firma yang mengambil calon sedemikian akan senang hati untuk membiarkan ia menjadi pemimpin projek atau pengurus cawangan kerana ia meletak staf, klien dan kenalan firma sebagai utama atau the customer comes first.

Kunci kejayaan individu bukan terletak kepada perjuangan untuk diri sendiri tetapi perjuangan membantu orang lain dan ia akan berpusing kembali mendatangkan manfaat bukan sahaja secara sosial tetapi sebagai barakah spiritual.

Makna

Apa yang dimaksudkan oleh nilai ini adalah mahasiwa itu lebih mementingkan kebaikan orang lain daripada diri sendiri dalam sesuatu hal. Contohnya, jika ia mempunyai makanan, ia akan mempelawa orang lain makan dahulu dan bukan dirinya.

Jika ia mempunyai masa lapang ia akan melihat kepada siapa akan ia beri khidmat masanya dahulu sebelum ia sendiri pergi menonton wayang atau bersiar-siar. Jika orang Melayu dan orang Islam boleh melihat kepada kepentingaan orang lain dan tidak asyik terjerit-jerit mengingatkan orang lain tentang keperluan perkara yang boleh disifatkan remeh temeh, mungkin orang lain akan lebih menghormati bangsa Melayu dan Islam.

Dalam keadaan sekarang, asyik kedengaran umat Islam menjerit-jerit tentang coklat Cadbury, Erykah Badu, suara azan, Bak Kut Teh, penggunaan nama Allah, orang Buddha bermeditasi dalam surau pusat rekreasi dan banyak lagi.

Pertama sekali, perlukah umat Islam dan bangsa Melayu menjerit, memaki, membakar dan mendemonstrasi untuk merakamkan keprihatinan mereka tentang isu-isu ini? Orang Melayu dan umat Islam perlu membuat pernyataan dengan beradab dan merakamkan isu tersebut dalam media serta pada pihak berkenaan.

Di manakah sensitiviti terhadap orang lain? Bayangkan umat Islam dan Melayu disifatkan seperti monyet dan kera terjeriit-jerit menjulang sepanduk dan kain tebar.

Dalam nilai berjuang untuk orang lain, mahasiswa perlu mengambil kira sensitiviti budaya dan meletakkan ia ke tempat tinggi dan mengambil tindakan yang beradab, sopan dan bertamaddun. Ini tidak bermakna mahasiswa memberi muka tetapi adalah lebih perlu menjaga muka agar nama baik Islam dan bangsa budayawan dan budiman Melayu tidak terpalit dengan beberapa tindakan melulu tidak kenal sopan santun.

Rasionalisasi sosial

Dalam kehidupan kita, nilai berjuang untuk orang lain amat mudah dilihat pada pengorbanan ibu bapa kita. Mereka berdua berjaga malam menjaga anak yang demam, bekerja bertungkus lumus mencari wang bagi memberi makan, membeli pakaian dan menyekolahkan anak-anak hingga ke peringkat universiti.

Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mempunyai 5, 7 atau 10 anak yang perlu disekolahkan dan mereka tidak mampu bercuti ke luar negara seperti yang tersemat pada Facebook rakan sebaya mereka. Hanya selepas berpuluh tahun menjaga, barulah pengorbanan itu membuah hasil dengan kejayaan anak-anak dan tumpang kasih pula kepada mereka.

Kenapakah ibu bapa berbuat demikian? Ini adalah sifat semulajadi kurniaan Allah dan suatu mekanisme yang memastikan kejayaan umat manusia di bumi ini. Maka itu berjuang untuk orang lain adalah suatu sifat semulajadi yang mempunyai implikasi sosial kekeluargaan yang penting.

Pada tahap lain pula, kita semua biasa dengan membantu kawan. Jika kawan kita telefon yang keretanya pancit atau rosak, kita akan berusaha meninggalkan keselesaan rumah berdepan televisyen dan X-box 360 untuk berkejar membantu kawan itu. Mengapa? Sebab dengan kawan kita termeterai suatu perjanjian ghaib ‘aku akan tolong engkau dan engkau nanti akan tolong aku’.

Berbeza dengan perjuangan ibu bapa di mana si ibu dan si bapa tiada berharap belas kasihan anak tetapi ia sebagai tanggungjawab sosial dan agama yang wajib dilaksanakan. Tetapi dengan kawan, kita ada pilihan, kita boleh bantu atau tidak.

Bantuan sedemikian akan membawa manfaat masa depan kepada individu kerana putaran hidup akan pasti meletakkan kita di bawah dan tidak akan sentiasa kita berada di atas dengan kesenangan, kekayaan, kesihatan dan ketenangan.

Kalau kita berkawan dengan rakan yang pelbagai agama, kaum dan status sosial, kita menjadi manusia yang amat disayangi dan dihormati. Kesayangan dan penghormatan orang lain kepada kita tidak akan terdapat dengan kekal dengan cara kita menjerit mengugut-ugut untuk membakar, menghalau bangsa asing dan memboikot hubungan sosial serta ekonomi. Sifat berjuang untuk orang lain adalah sifat mulia sebagai asas permulaan berkawan dan sesungguhnya kita tidak boleh hidup di dunia ini tanpa berkawan.

Pada tahap lain pula kita perlu berjuang untuk orang lain dalam pasukan kita supaya kita dapat mengalahkan pasukan lawan dan memenangi pertandingan tersebut. Jika kita seorang full back, kita harus memastikan yang kita mempertahankan benteng pasukan dari dibolosi oleh pihak lawan dan kita harus memastikan yang kita menghantar bola itu kepada pemain striker kita yang menyelinap di pihak musuh.

Dalam hal ini kita berjuang untuk pasukan kita dan kita tidak boleh mempunyai sifat menunjuk-nunjuk dan membolot bola itu sendirian. Walupun kita bernama Pele atau Diego Maradona, kita tidak mampu menerobos gol lawan tanpa bantuan dan perjuangan rakan kita yang lain.

Maka itu, sifat berjuang untuk entiti luaran seperti sebuah pasukan atau sebuah firma bagi mempastikan kejayaan bukan secara individu tetapi bersama adalah salah suatu nilai yang perlu disemai dalam mahasiswa Melayu yang cemerlang.

Berjuang untuk kaum sendiri, sebagai contoh, mengajar pelajar Melayu di kampung-kampung bagaimana membaca buku Bahasa Inggeris. Sebagai mahasiswa yang bertanggungjawab terhadap masyarakat Melayu harus ada segelintir mereka yang boleh menggerakkan organisasi bagi menjayakan projek ini.

Pameran dan ceramah motivasi belajar dan budaya kampus juga boleh membantu anak-anak yang tiada abang atau kakak yang melangkah ke ambang universiti. Mahasiswa yang mengambil inisiatif demikian akan dipandang sebagai orang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai oleh firma swasta dan pastinya mereka memilih mahasiswa Melayu yang berjuang ini.

Pada peringkat kebangsaan, mahasiswa Melayu perlu menggerakkan kerjasama dengan kaum lain untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan mencapai perpaduan rakyat Malaysia yang diidami selama ini. Dengan gandingan kerjasama semua kaum, Malaysia dapat menjadi pedoman kepada dunia bagaimana untuk menyelesaikan masalah perkauman dan kerjasama antara budaya.

Mahasiswa Melayu sebegini bakal menjadi pemimpin berwibawa yang dipercayai dan disayangi serta disanjungi oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira dari kaum atau agama mana sekalipun. Jangan asyik mengecil-ngecilkan kaum lain dan menyalahkan mereka terhadap segala yang berlaku sebagai musibah kepada kaum Melayu dan orang Islam.

Hanya mahasiswa Melayu yang tidak cemerlang sahaja akan memperlekahkan sumbangan kaum lain dalam pembangunan Malaysia. Perlu ada mahasiswa Melayu yang mempertahankan kaum lain daripada dihina sedemikian jika kita ingin perasaan hormat dan kasih sayang dari mereka.

Rasionalisasi spiritual

Eknath Easwaran adalah seorang professor Bahasa Inggeris yang dilahirkan di India tetapi dibesarkan daripada sudut akademik di England. Beliau terkenal kini sebagai pengamal meditasi secara Hinduisme dan membuka pusat meditasi bagi mengajar orang Barat bagaimana menghilangkan ketegangan hidup.

Dalam sebuah buku yang ditulisnya, 'The End of Sorrow: The Bhagavad Gita for Daily Living', yang merupakan tafsir Kitab Bhagavad Gita, beliau menyebutkan manusia tidak berupaya menggembira atau menenangkan dirinya sendiri kecuali dengan cara membantu orang lain.

Cara sebegini adalah untuk menundukkan ego manusia yang bermaharajalela dalam hati manusia. Ego amat suka jika tubuh dan hati menurut kata-katanya serta semua perbuatan adalah untuk kebahagaiannya. Namun manusia tidak akan sekali-kali membuat ego berpuas hati maka itu manusia tersebut akan sentiasa dalam keadaan tegang.

Dengan cara memfokus untuk membantu orang lain maka ego ditinggal bersendirian dan ini akan mengembalikan roh manusia yang benar dan berkasih sayang untuk kembali ke lubuk hati memerintah otak dan badan serta tutur kata yang terbaik. Maka itu berjuang untuk orang lain akan menjinakkan atau mengawal ego daripada bermaharajalela.

Joel Osteen pula, sebagai seorang penceramah agama, menulis buku 'Be a Better You' dan  mencadangkan kita semua wajib membantu orang lain naik pangkat atau naik daripada kejahilan kepada kesedaran.

Beliau bayangkan yang setiap individu harus mempunyai akaun perbuatan. Jika ia berjumpa dan bertegur sapa serta bersembang dengan orang lain maka akaun perbuatan itu bertambah. Jika seseorang itu berselisih faham dengan orang lain maka mereka akan mengeluarkan saham akaun dan berbaik semula.

Jika mahasiswa Melayu membantu seseorang itu berbuat yang baik maka mereka pun berupaya menghasilkan penyelamat dunia daripada kejahilan pelbagai. Dalam interaksi kita dengan orang lain, haruslah kita menyimpan akaun perbuatan dan ini boleh menjadi sokongan baginya dalam mengharungi kehidupan.

Norman Vincent Paele merupakan seorang ahli psikologi dan pendakwah Kristian. Beliau banyak membantu orang yang mempunyai gangguan jiwa dengan kaunseling dan juga menggunakan nilai Kristian.

Pada satu ketika seorang ahli perniagaan yang mempunyai syarikat besar datang kepadanya dan menyatakan kesukaran beliau untuk berasa tenang. Dr Norman mencadangkan beliau patut memberi fokus kepada orang lain dan komuniti.

Beliau dicadangkan menegur sapa orang yang dirasakan tidak penting seperti penjaga pintu, tukang sapu dan beliau juga disarankan aktif dalam gereja komunitinya. Setelah beberapa bulan beliau menjalankaan nasihat Dr Paele, orang itu lebih tenang dan tenteram sehingga boleh menjalankan tugas harian dengan sempurna. Kunci ubatnya adalah membantu dan berjuang untuk orang lain.

Dalam hadis Rasulullah, tersebut kisah seorang yang hidup pada zaman Nabi Muhammad tetapi beliau tidak berupaya untuk berjumpa dengan Nabi sebab ia terpaksa menjaga ibunya yang buta. Tetapi Rasulullah mendapat wahyu orang ini, walaupun tidak dapat berjumpa dengannya diberi khabar oleh malaikat dia termasuk dalam golongan ahli syurga.

Para sahabat berupaya mencari orang itu dan akhirnya mereka berjumpa dengannya dan perbuatan yang menjadikannya ahli syurga adalah khidmatnya pada ibu yang tua dan buta. Mementingkan orang selain diri sendiri menjadi kunci seseorang Islam ke syurga.

Dalam sebuah kisah lain, Umar-Al-Khatab sebagai Amir-ul-Mukminun tatkala meronda bersama seorang pengiring peribadi untuk melihat sendiri keadaan orang Islam di bawah pemerintahannya, tiba di sebuah rumah usang.

Dalam rumah itu si ibu sedang memasak ketulan-ketulan batu untuk menipu anak-anaknya supaya mereka tidur kelaparan. Umar terasa sangat sedih dan beliau terus pergi ke tempat simpanan makanan dan memikul sendiri sebuah guni gandum dan barangan masak. Apabila pengiringnya menawarkan diri untuk membantu, Umar menjawab "wahai sahabatku, adakah anda ingin memikul dosa-dosaku di akhirat nanti?" Umar sampai di muka pintu rumah usang tersebut dan memberikan gandum kepada si ibu. Sambil si ibu memasak, Umar bermain-main dengan anak-anaknya sehingga makanan siap dan mereka semua makan sehingga kenyang.

Dalam sebuah kisah lain, seorang Badwi yang baru tiba ke kota Madinah bergegas berlari-lari anak untuk mencari bantuan kerana isterinya sakit hendak bersalin. Beliau terserempak dengan seorang lelaki tinggi dan tegap dan memohon bantuannya. Lelaki itu terus membawa orang itu ke rumahnya. Di sana lelaki itu mengiring isterinya pergi membantu isteri Badwi yang sedang sakit beranak. Apabila anak itu lahir, isteri lelaki tadi berkata "Ya Amirul Mukminin, sahabat anda mendapat anak lelaki!" Orang Badwi itu terkejut mengetahui lelaki tegap itu adalah Khalifah Empayar Islam. Dalam dua kes ini, Umar membantu orang lain yang tidak dikenalinya sebagai refleksi nilai Islam yang murni.

Kepentingan bagi Industri

Mahasiswa Melayu yang mempunyai nilai berjuang untuk orang lain akan menjadi seorang pengurus atau penyelia yang baik kerana ia tidak terlalu memikirkan kebaikan bagi dirinya semata-mata tetapi menunjukkan sensitiviti keadaan stafnya. Calon kepimpinan sedemikian juga berguna kepada industri kerana ia mudah berkerjasama dengan orang-orang lain. Calon begini amat penting bagi sesebuah syarikat besar kerana ia akan menjaga kepentingan syarikat tersebut serta membantunya bila perlu.

Akhir sekali, calon sebegini adalah yang biasanya mempunyai visi sendiri terhadap bagaimana membuat perubahan bagi menyemarakkan peluang perniagaan dan perundingan. Mereka tidak terlalu fokus naik pangkat semata-mata dan tidak akan menjadi kaki bodek yang sentiasa mencari peluang untuk diri sendiri sahaja.

Mahasiswa yang mempunyai nilai berjuang untuk orang lain akan dapat menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dalam komuniti dan industri. Ini kerana ia dapat mengawal kerakusan dan ketamakan ego untuk hanya mementingkan diri dan akan membawa badan ke arah binasa.

Dengan mementingkan dan mendahulukan orang lain, bukan saja ia berjaya menjadi raja kepada hati dengan mematahkan perintah ego atau nafsu, ia dapat menjalinkan hubungan yang rapat dan intim dengan masyarakat sekeliling, baik di industri atupun dalam komuniti.

Pemimpin industri yang sedemikian rupa akan membawa syarikat kepada kemuncak kejayaan yang diukur bukan semata-mata nilai aset harta niaga tetapi aset sosial dan aset spiritual. – 13 Jun, 2014.

Share

Join us on Facebook